Bilangan 34:1-29

  • Sempadan tanah Kanaan (1-15)

  • Orang yang dipilih untuk membahagikan tanah (16-29)

34  Yehuwa berfirman lagi kepada Musa,  “Beritahulah umat Israel, ‘Apabila kamu masuk ke tanah Kanaan,+ yang akan Aku berikan kepada kamu sebagai warisan kamu, inilah sempadan-sempadan tanah itu:+  “‘Di bahagian selatan, sempadan itu bermula dari padang belantara Zin dan menyusuri sempadan Edom. Di sebelah timur bahagian selatan, sempadan itu bermula dari hujung Laut Mati.+  Dari sana sempadan itu menghala ke selatan, ke Lereng Akrabim,+ sampai ke Zin dan terus ke bahagian selatan Kades-barnea.+ Kemudian sempadan itu menghala ke Hazar-adar+ dan terus ke Azmon.  Dari Azmon sempadan itu menghala ke Wadi* Mesir dan berakhir di kawasan Laut.*+  “‘Persisiran Laut Tengah* akan menjadi sempadan di bahagian barat.+  “‘Di bahagian utara, sempadan itu bermula dari Laut Tengah sampai ke Gunung Hor.*  Dari Gunung Hor sempadan itu menghala ke Lebo-hamat*+ dan terus ke Zedad.+  Kemudian sempadan itu menghala ke Zifron dan berakhir di Hazar-enan.+ Itulah sempadan tanah kamu di bahagian utara. 10  “‘Di bahagian timur, sempadan itu bermula dari Hazar-enan sampai ke Sefam. 11  Dari Sefam sempadan itu menghala ke Ribla, di sebelah timur Ain. Kemudian sempadan itu turun ke lereng di bahagian timur Tasik Kineret.*+ 12  Dari sana sempadan itu menghala ke Sungai Yordan dan berakhir di Laut Mati.+ Itulah tanah kamu+ dan sempadan di sekelilingnya.’” 13  Kemudian Musa berkata kepada umat Israel, “Itulah tanah yang akan kamu terima dengan membuang undi.+ Itulah tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada separuh suku Manasye dan sembilan suku yang lain, 14  kerana suku Ruben, suku Gad, dan separuh lagi daripada suku Manasye, sudah menerima tanah warisan mereka menurut puak masing-masing.+ 15  Ya, dua suku setengah itu sudah menerima tanah warisan mereka di bahagian timur Sungai Yordan, dekat Yerikho, iaitu kawasan yang menghadap ke arah matahari terbit.”+ 16  Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 17  “Imam Eleazar+ dan Yosua+ anak Nun akan membahagikan tanah itu bagi kamu. 18  Pilihlah seorang pemimpin daripada setiap suku untuk membantu membahagikan tanah itu.+ 19  Inilah nama-nama orang yang dipilih untuk membantu membahagikan tanah itu: Daripada suku Yehuda,+ Kaleb+ anak Yefune; 20  daripada suku Simeon,+ Shemuel anak Amihud; 21  daripada suku Benyamin,+ Elidad anak Kislon; 22  daripada suku Dan,+ Buki anak Yogli; 23  daripada keturunan Yusuf,+ iaitu daripada suku Manasye,+ Haniel anak Efod; 24  daripada suku Efraim,+ Kemuel anak Siftan; 25  daripada suku Zebulon,+ Elisafan anak Parnakh; 26  daripada suku Isakhar,+ Paltiel anak Azan; 27  daripada suku Asyer,+ Ahihud anak Shelomi; 28  daripada suku Naftali,+ Padael anak Amihud.” 29  Itulah nama-nama orang yang dipilih untuk membantu membahagikan tanah Kanaan bagi orang Israel, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Iaitu, Laut Tengah; Laut Mediterranean.
Iaitu, Laut Mediterranean.
Tempat tidak dapat dipastikan; mungkin merujuk kepada puncak banjaran Lebanon.
Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”
Iaitu, Tasik Genesaret atau Tasik Galilea.