Yosua 13:1-33

  • Tanah yang belum ditakluki (1-7)

  • Pembahagian tanah di timur Yordan (8-14)

  • Warisan suku Ruben (15-23)

  • Warisan suku Gad (24-28)

  • Warisan suku Manasye di timur (29-32)

  • Yehuwa ialah warisan suku Lewi (33)

13  Yosua sudah tua dan akan meninggal tidak lama lagi.+ Yehuwa berfirman kepadanya, “Engkau sudah tua dan akan meninggal tidak lama lagi, tetapi masih ada banyak tanah yang mesti ditakluki.  Berikut merupakan tanah yang belum ditakluki:+ Semua wilayah orang Filistin dan orang Gesur+  (dari cabang Sungai Nil* di sebelah timur Mesir sampai ke sempadan Ekron di utara, iaitu kawasan yang sebelumnya dianggap sebagai kawasan orang Kanaan),+ termasuk tanah yang dimiliki lima orang raja bangsa Filistin,+ iaitu tanah orang Gaza, orang Asdod,+ orang Askelon,+ orang Gat,+ dan orang Ekron;+ tanah orang Awim+  di selatan; seluruh tanah orang Kanaan; kawasan Meara yang dimiliki orang Sidon,+ sampai ke Afek yang terletak di sempadan orang Amori;  tanah orang Gebal+ dan seluruh bahagian timur Lebanon, dari Baal-gad di kaki Gunung Hermon sampai ke Lebo-hamat;*+  dan juga seluruh tanah orang Sidon,+ iaitu penduduk kawasan pergunungan, dari Lebanon+ sampai ke Misrefot-maim.+ Aku akan mengusir mereka dari hadapan orang Israel.+ Engkau hanya perlu membahagikan tanah itu dan memberikannya kepada orang Israel sebagai harta warisan mereka, seperti yang telah Aku perintahkan kepadamu.+  Sekarang, bahagikanlah tanah itu untuk diberikan sebagai warisan kepada sembilan suku yang lain dan setengah daripada suku Manasye.”+  Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan sebagai warisan kepada setengah daripada suku Manasye yang lain, suku Ruben, dan suku Gad. Tanah yang diberikan oleh Musa, hamba Yehuwa, merangkumi kawasan berikut:+  Kota Aroer+ yang terletak di pinggir Lembah* Arnon,+ termasuk kota yang terletak di tengah lembah itu, dan seluruh dataran tinggi di Medeba sampai ke Dibon; 10  semua kota Raja Sihon, iaitu raja orang Amori yang memerintah di Hesybon, sampai ke sempadan orang Ammon;+ 11  kawasan Gilead, kawasan orang Gesur dan orang Maakha,+ seluruh Gunung Hermon, dan seluruh kawasan Basan+ sampai ke Salkha;+ 12  seluruh kerajaan Raja Og dari Basan, yang memerintah di Asytarot dan Edrei. (Dia salah seorang keturunan Refaim yang terakhir.)+ Musa telah mengalahkan mereka semua dan mengusir mereka.+ 13  Tetapi orang Israel tidak mengusir+ orang Gesur dan orang Maakha. Sampai hari ini mereka masih tinggal dalam kalangan orang Israel. 14  Hanya suku Lewi tidak menerima warisan daripada Musa.+ Korban yang dibakar dengan api untuk Yehuwa, Tuhan orang Israel, merupakan warisan mereka,+ seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka.+ 15  Kemudian Musa memberikan tanah kepada keluarga-keluarga dalam suku Ruben sebagai warisan mereka. 16  Kawasan mereka meliputi kota Aroer yang terletak di pinggir Lembah Arnon, termasuk kota yang terletak di tengah lembah itu, dan seluruh dataran tinggi di Medeba; 17  Hesybon dan semua pekan di sekitarnya+ yang terletak di dataran tinggi, Dibon, Bamot-baal, Bet-baal-meon,+ 18  Yahas,+ Kedemot,+ Mefaat,+ 19  Kiryataim, Sibma,+ dan Zeret-sahar yang terletak di atas gunung di kawasan lembah,* 20  Bet-peor, cerun Pisga,+ Bet-yesimot,+ 21  semua kota di dataran tinggi, dan semua kerajaan Raja Sihon, iaitu raja orang Amori yang memerintah di Hesybon.+ Musa mengalahkan raja itu+ dan pemimpin-pemimpin orang Midian, iaitu Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba.+ Mereka semua tinggal di negeri itu dan memerintah di bawah kuasa Raja Sihon. 22  Antara orang yang dibunuh oleh umat Israel dengan pedang ialah Bileam+ anak Beor, tukang tilik itu.+ 23  Sungai Yordan menjadi sempadan bagi kawasan suku Ruben; seluruh kawasan ini termasuk kota-kota dan perkampungan diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Ruben sebagai warisan. 24  Musa juga memberikan tanah kepada keluarga-keluarga dalam suku Gad sebagai warisan mereka. Orang daripada suku Gad menerima 25  tanah yang merangkumi Yaezer,+ semua kota di Gilead, dan setengah daripada tanah orang Ammon,+ sampai ke Aroer yang berhadapan dengan Raba.+ 26  Tanah mereka juga merangkumi kawasan dari Hesybon+ ke Ramat-mizpe dan Betonim, dari Mahanaim+ sampai ke sempadan Debir. 27  Di kawasan lembah,* tanah mereka merangkumi kawasan-kawasan lain dalam kerajaan Raja Sihon dari Hesybon,+ iaitu Bet-haram, Bet-nimra,+ Sukot,+ dan Zafon. Sungai Yordan merupakan sempadan kawasan mereka yang merangkumi tanah di sebelah timur Sungai Yordan sampai ke selatan Tasik Kineret.*+ 28  Seluruh kawasan ini termasuk kota-kota dan perkampungan diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Gad sebagai warisan. 29  Musa juga memberikan tanah kepada keluarga-keluarga daripada setengah suku Manasye sebagai warisan mereka.+ Setengah daripada suku Manasye diberi 30  kawasan yang bermula dari Mahanaim,+ seluruh Basan, iaitu seluruh kerajaan Raja Og dari Basan, dan semua pekan kecil Yair+ di Basan, termasuk 60 buah pekan. 31  Kawasan mereka juga meliputi setengah daripada daerah Gilead, termasuk Asytarot dan Edrei,+ iaitu dua buah kota kerajaan Raja Og di Basan. Seluruh kawasan itu diberikan kepada separuh daripada keluarga-keluarga keturunan Makhir+ anak Manasye. 32  Itulah tanah yang diberikan oleh Musa kepada mereka sebagai warisan semasa mereka berada di padang gurun Moab, yang terletak di sebelah timur Sungai Yordan dan Yerikho.+ 33  Musa tidak memberikan apa-apa kepada suku Lewi sebagai warisan.+ Sebaliknya Yehuwa, Tuhan orang Israel, ialah warisan mereka, seperti yang telah dijanjikan-Nya kepada mereka.+

Nota Kaki

Atau “dari Shihor.”
Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”
Atau “Wadi.”
Atau “dataran rendah.”
Iaitu, Tasik Genesaret atau Tasik Galilea.
Atau “dataran rendah.”