Ayub 9:1-35

  • Ayub menjawab (1-35)

    • Manusia tidak dapat melawan Tuhan (2-4)

    • ‘Tuhan melakukan hal-hal yang hebat’ (10)

    • Manusia tidak dapat berdebat dengan Tuhan (32)

9  Kemudian Ayub menjawab,   “Aku tahu bahawa hal itu memang benar. Tetapi dapatkah manusia fana membuktikan dirinya benar di hadapan Tuhan?+   Jika seseorang ingin berdebat dengan-Nya,+Orang itu pasti tidak dapat menjawab bahkan satu pun daripada seribu soalan yang diajukan-Nya.   Tuhan amat bijaksana dan berkuasa.+ Siapakah yang dapat melawan-Nya tanpa dicelakakan?+   Dia memindahkan gunung-gunung tanpa disedari sesiapa pun;Dalam kemurkaan-Nya, Dia menterbalikkan gunung-gunung itu.   Dia menggoncang bumiSehingga tiang-tiang bumi bergoyang.+   Dia memerintahkan matahari supaya tidak bersinar,Dan menyembunyikan bintang-bintang+ agar cahayanya tidak kelihatan.   Dia sendiri telah membentangkan langit,+Dan Dia berjalan di atas ombak laut yang bergelora.+   Dia telah menciptakan bintang Ash,* bintang Kesil,* dan bintang Kimah.*+Dia juga menciptakan bintang-bintang selatan. 10  Dia melakukan hal-hal yang hebat dan menakjubkan;+Dia membuat perkara luar biasa yang tidak terkira.+ 11  Dia lalu di hadapanku, tetapi aku tidak nampak Dia;Dia lalu di sisiku, tetapi aku tidak menyedari kehadiran-Nya. 12  Apabila Dia merampas sesuatu, siapakah yang dapat menentang-Nya? Siapakah yang dapat berkata kepada-Nya, ‘Apa yang sedang Engkau buat?’+ 13  Tuhan tidak akan menahan kemurkaan-Nya;+Bahkan mereka yang menolong Rahab*+ akan bersujud kepada-Nya. 14  Maka, semasa aku bercakap dengan-Nya,Aku harus memilih kata-kataku dengan cermat. 15  Meskipun aku tidak bersalah, aku lebih rela berdiam diri.+ Apakah yang dapat aku lakukan selain memohon belas kasihan daripada hakimku?* 16  Semasa aku berseru kepada-Nya, adakah Dia akan menjawab seruanku? Aku tidak percaya Dia akan mendengarkan aku, 17  Kerana Dia meremukkan aku dengan angin ribut,Dan menambahkan penderitaanku tanpa alasan.+ 18  Dia tidak membenarkan aku menarik nafas;Dia memenuhi hidupku dengan kepahitan. 19  Dalam hal kekuasaan, Dialah yang lebih berkuasa.+ Dalam hal keadilan, Dia berfirman, ‘Siapakah yang dapat mendakwa Aku di mahkamah?’ 20  Meskipun aku tidak bersalah, kata-kata daripada mulutku akan menyalahkan aku;Biarpun aku tetap setia,* Dia akan menyatakan aku bersalah. 21  Biarpun aku tetap setia,* aku tidak tahu apa yang akan berlaku kepada diriku;Aku membenci hidupku. 22  Semuanya sama sahaja. Itulah sebabnya aku berkata,‘Tuhan akan memusnahkan sesiapa sahaja, tidak kira yang baik atau yang jahat.’ 23  Jika banjir melanda secara tiba-tiba lalu meragut nyawa orang yang tidak bersalah,Dia akan mentertawakan mereka. 24  Bumi telah diserahkan ke dalam tangan orang jahat;+Tuhan menutupi mata para hakim. Kalau bukan Dia yang melakukannya, siapa lagi? 25  Hari-hariku berlalu lebih cepat daripada seorang pelari;+Hari-hariku terbang menghilang tanpa secarik kegembiraan. 26  Hari-hariku berlalu cepat seperti perahu yang meluncur laju,Dan seperti helang yang menjunam untuk menangkap mangsanya. 27  Meskipun aku berkata, ‘Aku akan melupakan penderitaanku,Aku akan menjadi ceria dan tidak bersedih lagi,’ 28  Aku masih takut kerana semua keperitanku,+Dan aku tahu bahawa Dia akan tetap menyalahkan aku. 29  Aku akan tetap dinyatakan bersalah. Jadi untuk apa aku harus bersusah payah membela diri?+ 30  Seandainya aku mandi di dalam air salji,Dan membasuh tanganku dengan sabun,+ 31  Dia masih akan melemparkan aku ke dalam kubang,Sehingga bahkan pakaianku pun berasa jijik terhadapku. 32  Aku tidak dapat melawan Tuhan atau mendakwa-Nya di mahkamah,+Kerana Dia bukan manusia seperti aku. 33  Tiada sesiapa pun yang dapat menjadi pengadil bagi kami berdua.Tiada sesiapa pun yang dapat menjadi hakim untuk kami. 34  Sekiranya Tuhan berhenti menghukum aku,Dan tidak lagi menakutkan aku,+ 35  Aku akan bercakap kepada-Nya dengan penuh keberanian,Kerana aku bukanlah seorang penakut.

Nota Kaki

Mungkin merujuk kepada buruj Beruang Besar (Ursa Major).
Mungkin merujuk kepada buruj Orion.
Mungkin merujuk kepada bintang-bintang Pleiades dalam buruj Taurus.
Mungkin merujuk kepada raksasa di dalam laut.
Atau mungkin, “daripada lawanku di mahkamah?”
Atau “Biarpun aku tidak bersalah.”
Atau “Biarpun aku tidak bersalah.”