Ayub 10:1-22

  • Ayub menjawab lagi (1-22)

    • ‘Mengapa Tuhan melawan aku?’ (2)

    • Tuhan dibandingkan dengan Ayub (4-12)

    • Ayub ingin mendapat kelegaan (20)

10  “Aku membenci hidupku.+ Aku akan meluahkan keresahanku. Aku akan menyatakan kepahitan jiwaku.  2  Aku akan berkata kepada Tuhan, ‘Janganlah menyatakan aku bersalah. Beritahulah aku mengapa Engkau melawan aku.  3  Apakah manfaatnya Engkau menindas aku?Mengapakah Engkau menghina ciptaan-Mu+Dan berkenan kepada rancangan orang jahat?  4  Adakah Engkau mempunyai mata manusia?Adakah pandangan-Mu seperti pandangan manusia fana?  5  Adakah hari-hari kehidupan-Mu seperti hari-hari kehidupan manusia?Adakah tahun-tahun kehidupan-Mu seperti tahun-tahun kehidupan manusia?+  6  Jadi mengapakah Engkau mencari kesalahankuDan terus memperhatikan dosaku?+  7  Engkau tahu bahawa aku tidak bersalah;+Dan tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan aku daripada tangan-Mu.+  8  Tangan-Mu sendiri yang telah mencipta dan membentuk aku.+Namun sekarang, Engkau ingin membinasakan aku.  9  Ingatlah bahawa Engkau telah mencipta aku daripada tanah liat.+Tetapi sekarang, Engkau ingin aku kembali menjadi debu.+ 10  Bukankah Engkau telah menempatkan aku di dalam rahim ibuku,Dan membentuk aku di situ?* 11  Engkau menutupi aku dengan daging dan kulit.Engkau melengkapi aku dengan tulang dan otot.+ 12  Engkau telah mengurniai aku nafas kehidupan dan mengasihi aku dengan setia;Engkau telah menjaga dan memelihara nyawaku.+ 13  Tetapi dengan diam-diam, Engkau merancang untuk menimpakan semua ini kepadaku. Aku tahu bahawa semua ini datang daripada-Mu. 14  Jika aku berdosa, Engkau akan mengawasi aku,+Dan Engkau tidak akan mengampunkan kesalahanku. 15  Malanglah aku jika aku bersalah! Meskipun aku tidak bersalah, aku tidak dapat mengangkat kepala,+Kerana aku diselubungi kehinaan dan penderitaan.+ 16  Jika aku mengangkat kepalaku, Engkau akan memburu aku seperti singa,+Dan Engkau akan menentang aku dengan kuasa-Mu. 17  Kemurkaan-Mu terhadapku semakin berkobar;Engkau membawa saksi-saksi baharu untuk menentang aku.Engkau menimpakan penderitaan demi penderitaan kepadaku. 18  Mengapakah Engkau membiarkan aku keluar dari rahim ibuku?+ Aku sepatutnya mati sebelum dilihat sesiapa pun. 19  Dengan demikian aku seolah-olah tidak pernah dilahirkan,Kerana dari rahim ibuku, aku akan terus dibawa ke kuburan.’ 20  Bukankah hari-hariku hampir berakhir?+ Biarlah Tuhan meninggalkan aku keseorangan;Biarlah Dia memalingkan pandangan-Nya daripadaku, agar aku mendapat secebis kelegaan,+ 21  Kerana tidak lama lagi aku akan pergi dan aku tidak akan kembali.+Aku akan pergi ke tempat yang gelap-gelita,*+ 22  Tempat yang dipenuhi kekacauan dan kesuraman,Tempat yang diselubungi kegelapan yang pekat.Di situ, yang terang pun menjadi gelap.”

Nota Kaki

^ Harfiah, “Bukankah Engkau telah mencurahkan aku seperti susu dan mengentalkan aku seperti keju?”
^ Atau “yang gelap dan dibayangi maut.”