Ayub 26:1-14

  • Ayub menjawab (1-14)

    • ‘Betapa besarnya bantuan kamu!’ (1-4)

    • ‘Tuhan menempatkan bumi di angkasa hampa’ (7)

    • ‘Hanya sekelumit daripada perbuatan-Nya’ (14)

26  Ayub menjawab,  2  “Alangkah baiknya bantuan yang kamu berikan kepada orang yang tidak bermaya! Betapa besarnya pertolongan yang kamu hulurkan kepada orang yang lemah!+  3  Alangkah bergunanya nasihat yang kamu berikan kepada orang yang tidak berhikmat!+ Betapa dalamnya kebijaksanaan yang kamu perlihatkan di hadapan orang ramai!  4  Kepada siapakah kamu menujukan kata-kata itu?Siapakah yang mengilhami kamu untuk berkata sedemikian?  5  Orang mati berada di bawah samudera dan di bawah segala yang hidup di dalamnya;Mereka berasa takut dan gementar,  6  Kerana tiada apa-apa di Kuburan* yang tersembunyi daripada pandangan Tuhan;+Segala-gala yang ada di dalam jurang kemusnahan* terdedah di mata-Nya.  7  Tuhan membentangkan langit utara di ruang angkasa,+Dan menempatkan bumi di angkasa hampa.  8  Dia mengisi awan dengan air,+Namun awan tidak pecah walaupun berat airnya.  9  Tuhan membentangkan awan+Supaya takhta-Nya tidak kelihatan. 10  Dia menandakan sempadan antara langit dengan laut,+Dan memisahkan cahaya daripada kegelapan. 11  Apabila Tuhan berseru dengan kuat,Tiang-tiang penyangga langit bergoyang dan bergetar. 12  Dengan kuasa-Nya, Dia menyebabkan laut bergelora;+Dengan kebijaksanaan-Nya, Dia menghancurkan raksasa laut;+ 13  Dengan tangan-Nya, Dia membunuh ular yang meluncur;Dan dengan hembusan nafas-Nya, langit menjadi cerah. 14  Tetapi semua itu hanyalah sekelumit daripada perbuatan-Nya yang menakjubkan,+Dan hanyalah bisikan yang sampai di telinga kita. Siapakah yang dapat menyelami keagungan Tuhan yang bagaikan guruh yang kuat?”+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “di dalam Abadon.” Lihat Kamus.