Imamat 2:1-16

  • Korban bijirin (1-16)

2  “‘Jika seseorang mempersembahkan korban bijirin+ kepada Aku, Yehuwa, dia harus mempersembahkan tepung yang terbaik, yang dituangi minyak dan dibubuhi kemenyan putih.+  Dia harus membawa korbannya kepada imam-imam keturunan Harun. Kemudian imam akan mengambil segenggam tepung yang terbaik, yang dituangi minyak dan dibubuhi kemenyan itu, lalu membakar semuanya di atas mazbah. Dia akan berbuat demikian sebagai tanda bahawa keseluruhan korban itu sudah dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa.+ Bau daripada korban yang dibakar itu menyenangkan hati-Ku  dan merupakan sesuatu yang sangat suci.+ Ya, itulah korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. Lebihan korban itu akan menjadi milik imam-imam keturunan Harun.+  “‘Jika seseorang mempersembahkan roti yang dibakar di dalam ketuhar sebagai korban bijirin, roti itu harus dibuat daripada tepung yang terbaik dan tidak boleh dicampuri ragi. Dia boleh mempersembahkan roti berbentuk gelang yang dicampuri minyak atau roti nipis yang disapu dengan minyak.+  “‘Jika seseorang mempersembahkan roti yang dipanggang di atas pemanggang sebagai korban bijirin,+ roti itu harus dibuat daripada tepung terbaik yang dicampuri minyak tetapi tidak beragi.  Roti itu harus dipecah-pecahkan dan dituangi minyak+ semasa dipersembahkan sebagai korban bijirin.  “‘Jika seseorang mempersembahkan roti yang dimasak di dalam periuk sebagai korban bijirin, roti itu harus dibuat daripada tepung terbaik yang dicampuri minyak.  Korban bijirin yang disediakan dalam cara sedemikian harus diserahkan kepada imam, lalu imam akan membawanya ke hadapan mazbah dan mempersembahkannya kepada Aku, Yehuwa.  Kemudian imam akan mengambil sebahagian daripada roti itu lalu membakarnya di atas mazbah. Dia akan berbuat demikian sebagai tanda bahawa keseluruhan korban itu+ sudah dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban yang dibakar itu menyenangkan hati-Ku+ 10  dan merupakan sesuatu yang sangat suci. Ya, itulah korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. Lebihan korban itu akan menjadi milik imam-imam keturunan Harun.+ 11  “‘Semua korban bijirin yang dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, tidak boleh dicampuri ragi.+ Jangan persembahkan apa-apa yang dicampuri ragi atau madu sebagai korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. 12  “‘Kamu boleh mempersembahkan korban bijirin yang dicampuri ragi atau madu sebagai persembahan hasil tanaman yang pertama+ kepada Aku, Yehuwa. Tetapi kamu tidak boleh membakarnya di atas mazbah sebagai korban yang baunya menyenangkan hati-Ku. 13  “‘Setiap korban bijirin yang dipersembahkan mesti dicampuri garam. Jangan sekali-kali lupa mencampurinya dengan garam, kerana garam melambangkan perjanjian antara kamu dengan Aku. Ya, garam mesti dicampurkan ke dalam setiap korban bijirin yang kamu persembahkan kepada Aku.+ 14  “‘Jika seseorang mempersembahkan hasil tanaman yang pertama sebagai korban bijirin kepada Aku, Yehuwa, dia mesti mempersembahkan biji-bijian baharu yang sudah dipanggang atau yang sudah dikisar halus.+ 15  Korban itu harus dituangi minyak dan dibubuhi kemenyan putih semasa dipersembahkan sebagai korban bijirin. 16  Imam akan membakar sebahagian daripada biji-bijian yang dituangi minyak dan dibubuhi kemenyan itu sehingga asap naik dari mazbah. Dia akan berbuat demikian sebagai tanda bahawa keseluruhan korban itu sudah dipersembahkan+ kepada Aku. Itulah korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa.

Nota Kaki