Surat kepada Sidang di Kolose 2:1-23

  • Rahsia suci Tuhan, iaitu Kristus (1-5)

  • Berwaspada terhadap penipu (6-15)

  • Perkara sebenar ialah Kristus (16-23)

2  Aku ingin kamu sedar betapa besarnya pergelutan yang aku lalui demi kamu dan demi mereka yang berada di Laodikia,+ serta demi semua orang yang belum pernah berjumpa dengan aku.  Aku berhasrat supaya mereka mendapat kelegaan hati+ dan disatupadukan oleh kasih.+ Dengan demikian, mereka akan memperoleh semua kekayaan yang datang daripada pemahaman yang jelas dan yang pasti, dan memperoleh pengetahuan yang tepat tentang Kristus, iaitu rahsia suci Tuhan.+  Dalam Kristus, semua kebijaksanaan dan pengetahuan, yang bagaikan harta karun, tersembunyi dengan cermat.+  Aku berkata demikian supaya tidak ada seorang pun yang akan memperdayakan kamu dengan kata-kata yang licik.  Biarpun aku tidak ada bersama kamu, tetapi hati aku ada bersama kamu. Aku berasa gembira untuk melihat ketertiban+ kamu dan keteguhan iman kamu kepada Kristus.+  Kamu sudah menerima Kristus Yesus, Tuan kita. Oleh itu, teruslah hidup bersatu dengannya.  Hendaklah kamu berakar umbi dan dibina dalamnya.+ Hendaklah kamu memantapkan iman kamu,+ seperti yang sudah diajarkan kepada kamu, dan hendaklah kamu berlimpah-limpah dengan rasa syukur.+  Berwaspadalah agar tidak ada sesiapa pun yang memperhamba kamu* dengan falsafah dan tipu daya kosong+ yang berdasarkan adat istiadat manusia, yang berdasarkan perkara-perkara asas di dalam dunia, dan yang tidak berdasarkan ajaran Kristus.  Hal ini demikian kerana Kristus dipenuhi sifat-sifat Tuhan.+ 10  Dengan demikian, melalui dia, iaitu kepala semua kerajaan dan pihak berkuasa, kamu tidak kekurangan apa-apa pun.+ 11  Melalui dia, kamu sudah disunat, bukan dengan sunat yang dilakukan oleh manusia, tetapi dengan sunat milik Kristus,+ iaitu dengan membuang keinginan tubuh yang berdosa.+ 12  Hal itu demikian kerana kamu dikuburkan bersamanya dalam pembaptisannya.+ Sebagai pengikutnya, kamu juga dibangkitkan bersamanya+ kerana kamu beriman kepada perbuatan berkuasa yang dilakukan oleh Tuhan, iaitu Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian.+ 13  Tambahan lagi, walaupun kamu sudah mati kerana dosa kamu dan kerana kamu tidak bersunat, Tuhan telah menjadikan kamu hidup bersama-sama Kristus.+ Dia dengan baik hati telah mengampunkan segala dosa kita.+ 14  Dia memadamkan Hukum+ yang mengandungi perintah-perintah+ dan yang mendedahkan kesalahan kita.+ Dia telah menyingkirkan Hukum dengan memakukannya pada tiang seksaan.*+ 15  Melalui tiang seksaan,* Dia mengalahkan kerajaan dan pihak berkuasa, lalu menunjukkan bahawa mereka sudah ditakluki+ dengan mempamerkan mereka di hadapan umum dalam perarakan kemenangan-Nya. 16  Oleh itu, janganlah biarkan sesiapa pun memberitahu kamu apa yang mesti kamu makan atau minum,+ atau memberitahu kamu bahawa kamu mesti menyambut suatu perayaan, bulan baharu,+ atau hari Sabat.+ 17  Semua itu cumalah bayangan kepada hal-hal yang akan datang,+ tetapi perkara yang sebenar ialah Kristus.+ 18  Janganlah biarkan sesiapa pun menyebabkan kamu tidak dapat menerima hadiah kamu.+ Orang sebegini suka berpura-pura rendah hati, dan mereka suka menyembah malaikat.* Mereka “berpegang teguh”* pada perkara-perkara yang sudah dilihat dan menjadi sombong tanpa alasan yang baik kerana cara fikiran mereka seperti fikiran manusia yang berdosa. 19  Mereka tidak mengikut Kepala kita.+ Melalui Kepala itu, seluruh tubuh mendapat apa yang diperlukan dan seluruh tubuh tersusun rapi melalui setiap sendi dan otot. Kepala itu membantu pertumbuhan tubuh, dan Tuhanlah yang menyebabkan pertumbuhannya.+ 20  Jikalau kamu sudah mati bersama Kristus dan menolak hal-hal asas di dunia,+ mengapakah kamu masih hidup seolah-olah kamu sebahagian daripada dunia? Mengapakah kamu terus taat kepada perintah-perintah berikut:+ 21  “Jangan pegang, atau jangan rasa, atau jangan sentuh”? 22  Semua perintah itu hanyalah peraturan dan ajaran manusia, yang berkaitan dengan hal-hal yang akan binasa sesudah diguna pakai.+ 23  Perintah-perintah itu kelihatannya bijaksana tetapi tidak dapat membantu orang melawan keinginan yang berdosa. Hal ini demikian kerana mereka menentukan cara ibadat sendiri, berpura-pura rendah hati, dan menyeksa tubuh dengan teruk.+

Nota Kaki

Atau “membawa kamu pergi sebagai mangsanya.”
Lihat Kamus.
Atau mungkin, “Melalui Kristus.”
Atau “suka mengikut cara ibadat malaikat.”
Ungkapan ini diambil daripada kata-kata yang diucapkan semasa seseorang menyertai kumpulan agama kafir.