Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Adakah anda tidak sabar-sabar untuk melihat janji Tuhan menjadi kenyataan?

BAHAGIAN 7

Janji-janji Kerajaan Tuhan​—Menjadikan Semuanya Baru

Janji-janji Kerajaan Tuhan​—Menjadikan Semuanya Baru

ANDA memetik sebiji epal yang besar dan mencium aromanya yang wangi. Anda tahu epal itu sudah masak dan anda pun memasukkannya ke dalam bakul. Bakul anda sudah penuh, dan sudah berjam-jam anda memetik epal, tetapi anda masih bertenaga. Ibu anda berada tidak jauh dari situ. Sambil memetik buah, dia berbual-bual dengan ahli keluarga yang lain dan kawan-kawannya. Ibu anda kelihatan jelita dan muda. Di dunia yang lama, anda telah memperhatikan bagaimana ibu anda menjadi semakin tua dan jatuh sakit. Keadaannya semakin teruk dan akhirnya dia meninggal. Anda memegang tangannya semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dan anda menangis di tepi kuburnya. Kini, ibu anda sudah hidup semula! Bersama dengan banyak orang lain yang dibangkitkan, dia kini menikmati kesihatan yang sempurna!

Gambaran tersebut bukanlah angan-angan kosong kerana kita yakin bahawa Tuhan sentiasa menunaikan janji-janji-Nya. Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji bagaimana beberapa janji Kerajaan Tuhan akan menjadi kenyataan. Mula-mula, kita akan mengkaji peristiwa-peristiwa yang akan berlaku sebelum perang Armagedon. Kemudian kita akan mengkaji berkat yang dicurahkan melalui Kerajaan Tuhan selepas itu. Bayangkan betapa gembiranya kita semasa Kerajaan Tuhan memerintah seluruh bumi! Pada masa itu, segala sesuatu akan menjadi baru!

DALAM BAHAGIAN INI

BAB 21

Kerajaan Tuhan Menyingkirkan Musuhnya

Anda dapat mempersiapkan diri sekarang untuk perang Armagedon.

BAB 22

Kerajaan Yehuwa Melaksanakan Kehendak Tuhan di Bumi

Mengapakah anda dapat yakin bahawa janji-janji Yehuwa pasti akan menjadi kenyataan?