Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kiri: Bekalan bantuan yang dihantar dari Switzerland kepada saudara saudari kita di Jerman, 1946; kanan: Membina semula Dewan Perjumpaan di Jepun setelah dilanda tsunami, 2011

 BAHAGIAN 6

Menyokong Kerajaan Tuhan​—Membina Tempat Beribadat dan Membantu Mangsa Bencana

Menyokong Kerajaan Tuhan​—Membina Tempat Beribadat dan Membantu Mangsa Bencana

 SETIAP kali anda masuk ke dalam Dewan Perjumpaan sidang anda, anda berasa sangat bersyukur. Mungkin anda juga pernah membantu dalam projek pembinaan dewan ini beberapa tahun yang lalu dan mempunyai kenangan yang manis. Tetapi kali ini anda hampir tidak dapat cam Dewan Perjumpaan itu, kerana tempat itu kini digunakan sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa bencana. Ribut yang melanda baru-baru ini telah menyebabkan banjir dan kehancuran di bandar anda. Maka Jawatankuasa Cawangan segera membuat aturan untuk membantu mangsa bencana dan memastikan mereka mendapat makanan, pakaian, air yang bersih, dan bantuan yang lain. Bekalan bantuan yang disumbangkan telah disusun dengan teratur. Saudara dan saudari sedang beratur untuk menerima bekalan mereka. Ramai yang begitu gembira sehingga menitiskan air mata. Semasa melihat semua ini, rasa syukur anda bertambah dalam lagi.

Yesus mengatakan bahawa tanda pengenal para pengikutnya ialah kasih terhadap satu sama lain. (Yoh. 13:34, 35) Dalam bahagian ini, kita akan memperhatikan bagaimana kasih Kristian ditunjukkan dalam projek pembinaan dan usaha untuk membantu mangsa bencana yang dijalankan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Kasih sedemikian sememangnya membuktikan bahawa kita tinggal di bawah pemerintahan Kerajaan Yesus.

DALAM BAHAGIAN INI

BAB 18

Cara Kegiatan Kerajaan Tuhan Dibiayai

Bagaimanakah kita menerima wang yang diperlukan? Bagaimanakah wang itu digunakan?

BAB 19

Kerja Pembinaan yang Memuliakan Yehuwa

Tempat beribadat memuliakan Tuhan, tetapi ada sesuatu yang lebih berharga bagi-Nya.

BAB 20

Kerja Membantu Mangsa Bencana Memuliakan Yehuwa

Bagaimanakah kita tahu bahawa kerja membantu mangsa bencana merupakan sebahagian daripada khidmat suci kepada Yehuwa?