Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kiri: Perjumpaan di kawasan terbuka di London, 1945; kanan: Hari perhimpunan istimewa di Malawi, Afrika, 2012

 BAHAGIAN 5

Sistem Pendidikan Kerajaan Tuhan—Melatih Hamba-hamba Raja Mesias

Sistem Pendidikan Kerajaan Tuhan—Melatih Hamba-hamba Raja Mesias

 SEORANG saudara yang muda dari sidang anda berdiri di atas pentas dan menyampaikan ceramahnya buat kali pertama semasa di perhimpunan. Anda tersenyum dengan bangga semasa memandangnya. Sambil mendengar penyampaiannya, anda berfikir, “Yehuwa telah melatih umat-Nya dengan baik! Lihatlah saudara ini. Dia sudah membuat banyak kemajuan sejak ceramahnya yang pertama.” Kemajuannya cukup ketara setelah dia menghadiri Sekolah Latihan Perintis. Baru-baru ini, dia dan isterinya telah menghadiri Sekolah Latihan Penginjil. Ceramah saudara itu sangat baik, lalu para hadirin memberikan tepukan yang gemuruh. Dengan bangga, anda bertepuk tangan sambil memandang saudara saudari di sekeliling anda. Umat Tuhan memang menerima banyak latihan yang bermanfaat.

Bible menubuatkan bahawa segenap umat Tuhan akan “diajar oleh Yehuwa.” (Yoh. 6:45) Kinilah masanya nubuat itu menjadi kenyataan. Kita dididik bukan sahaja melalui bahan bacaan kita, tetapi juga melalui perjumpaan, perhimpunan, konvensyen, dan pelbagai sekolah yang melatih kita untuk menjalankan tugasan tertentu dalam organisasi Yehuwa. Bahagian ini akan membincangkan bagaimana semua pendidikan ini membuktikan bahawa Kerajaan Tuhan kini memerintah.

DALAM BAHAGIAN INI

BAB 16

Berhimpun untuk Menyembah Tuhan

Bagaimanakah kita dapat meraih manfaat yang penuh daripada perjumpaan kita?

BAB 17

Melatih Penyebar Kerajaan Tuhan

Bagaimanakah pelbagai sekolah teokratik melatih penyebar Kerajaan Tuhan untuk melaksanakan tugas mereka?