Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kiri: Seorang saudari di Alabama, A.S., memainkan rakaman ceramah Saudara Rutherford, lewat tahun 1930-an; kanan: Switzerland

BAHAGIAN 1

Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan—Mengedarkan Makanan Rohani

Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan—Mengedarkan Makanan Rohani

MATA pelajar Bible anda bersinar-sinar setelah memahami ayat yang dibacanya bersama anda tadi. Dia bertanya, “Maksud kamu, bumi ini akan menjadi Firdaus? Dan Bible mengatakan bahawa kita dapat hidup di sini untuk selama-lamanya?” Rakan anda tersenyum dan berkata, “Apakah yang baru sahaja kamu baca dalam Bible?” Pelajar Bible anda hampir tidak dapat menahan perasaannya. Dengan kagum, dia menggelengkan kepalanya sambil berkata, “Susah nak percaya saya tidak diajar tentang hal ini awal-awal lagi!” Anda masih ingat beberapa minggu yang lalu, semasa dia belajar bahawa nama Tuhan ialah Yehuwa, dia juga mengatakan hal yang sama.

Pernahkah anda mempunyai pengalaman sedemikian? Ramai daripada umat Tuhan pernah. Pengalaman sedemikianlah yang mengingatkan kita bahawa kita telah menerima sebuah kurniaan yang tidak ternilai: Pengetahuan tentang kebenaran! Fikirkan sejenak: Bagaimanakah anda mendapat kurniaan itu? Bahagian ini akan menjawab soalan tersebut. Setelah mengkaji bagaimana cahaya kebenaran yang menyinari umat Tuhan menjadi semakin terang, anda akan diyakinkan bahawa Kerajaan Tuhan memang pemerintahan yang sebenar. Selama seratus tahun, Raja Yesus Kristus telah memastikan bahawa umat Tuhan diajar tentang kebenaran.

DALAM BAHAGIAN INI

BAB 3

Yehuwa Menyingkapkan Tujuan-Nya

Adakah Kerajaan Mesias sebahagian daripada tujuan asal Tuhan? Bagaimanakah Yesus memberikan lebih banyak butiran tentang Kerajaan Tuhan?

BAB 4

Yehuwa Memastikan Nama-Nya Diagungkan

Apakah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Tuhan untuk menyucikan nama-Nya? Bagaimanakah anda dapat menyumbang kepada penyucian nama Yehuwa?

BAB 5

Kebenaran Menjadi Semakin Terang

Belajarlah tentang Kerajaan Tuhan, para pemerintahnya dan rakyatnya, dan maksud kesetiaan kepada Kerajaan itu.