Fungsi penanda buku di JW Library membolehkan anda menandakan di mana-mana sahaja bahan bacaan, sepertimana anda menggunakan penanda buku semasa membaca buku yang bercetak. Setiap bahan bacaan di JW Library mengandungi 10 penanda buku.

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk menggunakan penanda buku:

 Buat Penanda Buku

Anda boleh menandakan pada rencana, bab, perenggan, atau ayat Bible.

Untuk menandakan suatu rencana atau bab, buka bar App Commands lalu tekan ikon Penanda. Anda akan melihat satu senarai yang menunjukkan penanda buku bagi bahan tersebut. Tekan pada penanda yang kosong untuk menandakan rencana atau bab itu.

Untuk menandakan suatu perenggan atau ayat Bible, tekan pada teks tersebut kemudian tekan ikon Penanda pada menu yang muncul.

 Lihat Penanda Buku

Untuk melihat penanda buku, buka bahan bacaan yang mengandungi penanda buku, kemudian tekan ikon Penanda pada bar App Commands. Tekan pada penanda buku yang ingin dibaca.

 Atur Penanda Buku

Selepas membuat penanda buku, anda boleh memadam atau menggantinya.

  • Untuk memadam penanda buku, tekan ikon Penanda pada bar App Commands. Kemudian tekan butang Lebih Banyak di sebelah penanda yang tidak diingini dan tekan ikon Padam.

  • Untuk menggantikan penanda buku, tekan ikon Penanda pada bar App Commands. Kemudian tekan butang Lebih Banyak di sebelah penanda yang tidak diingini dan tekan ikon Ganti. Selepas itu, penanda itu akan digantikan seperti yang anda ingini. Fungsi ini berguna untuk membantu anda menandakan bahan yang dibaca. Contohnya, anda boleh menandakan pembacaan Bible harian anda.

Fungsi ini boleh didapati sejak Ogos 2014 di JW Library 1.3, yang boleh digunakan bagi Windows 8.0 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat ciri-ciri ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library​—Windows,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.