Selamat datang ke JW Library. Aplikasi ini direka untuk pembacaan dan pembelajaran Bible. Anda dapat melihat ciri-ciri utama aplikasi ini di bahagian navigasi. Untuk membuka bahagian ini, luncur (swipe) dari kiri skrin atau tekan butang Menu di sebelah kiri bahagian atas skrin.

 Bible

Tab Bible membolehkan anda membaca dan memuat turun terjemahan-terjemahan Bible. Tekan salah satu buku Bible, kemudian nombor bab untuk mula membacanya. Semasa membaca, anda juga dapat melihat nota kaki, rujukan silang, dan terjemahan Bible dalam bahasa lain di bahagian tetingkap Pembelajaran.

Untuk mencari ayat Bible yang lain, buka bahagian navigasi dan tekan tab Bible untuk melihat semula senarai buku-buku Bible.

 Bahan Terbitan

Tab Bahan Terbitan membolehkan anda melihat bahan dalam bentuk teks, audio, dan video. Pilih bahan dan kemudian pilih rencana yang ingin dibaca. Semasa membaca, anda dapat melihat ayat-ayat rujukan Bible. Tekan salah satu ayat rujukan Bible untuk melihatnya di bahagian tetingkap Pembelajaran. Di situ, tekan pautan ayat itu untuk melihatnya di dalam Bible.

Untuk mencari bahan yang lain, buka bahagian navigasi dan tekan tab Bahan Terbitan untuk melihat semula senarai bahan yang diterbitkan.

 Ayat Harian

Buka bahagian navigasi dan tekan tab Ayat Harian untuk membaca ayat bagi hari itu.

 Dalam Talian

Tekan tab Dalam Talian di bahagian navigasi untuk melayari laman web rasmi kami.

 Dapatkan Ciri-Ciri Terkini

Dapatkan ciri-ciri terkini bagi JW Library dengan memastikan alat elektronik anda sentiasa dikemaskinikan

Cuba dapatkan versi terkini bagi Android untuk alat elektronik anda. Untuk maklumat selanjutnya, lihatlah pautan berikut: https://support.google.com/nexus/answer/4457705.

Untuk memudahkan anda, anda boleh menghidupkan kemas kini aplikasi secara automatik di bahagian tetapan dalam alat elektronik anda. Lihat pautan ini untuk maklumat selanjutnya: https://support.google.com/googleplay/answer/113412.