Pembacaan dan pembelajaran Bible merupakan ciri-ciri penting dalam JW Library.

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk muat turun dan atur Bible:

 Muat Turun Bible

Anda boleh muat turun Bible dalam pelbagai bahasa. Kemudian, anda dapat membaca dan mempelajarinya tanpa sambungan Internet.

  • Buka bahagian navigasi dan tekan tab Bible untuk melihat senarai buku-buku Bible.

  • Tekan butang Bahasa untuk melihat senarai Bible dalam bahasa yang boleh dimuat turun. Terjemahan-terjemahan Bible yang biasa anda gunakan terdapat di atas senarai itu. Anda juga boleh mencari dalam senarai itu dengan menaip nama bahasa atau terjemahan Bible. Contohnya, anda boleh menaip “int” untuk mencari Bible Kingdom Interlinear dalam bahasa Inggeris, atau “port” untuk mencari semua Bible dalam bahasa Portugis.

  • Bible yang belum dimuat turun akan ditandakan dengan ikon berbentuk awan. Tekan ikon itu untuk memuat turun Bible. Setelah dimuat turun, ikon itu akan hilang. Tekan Bible itu sekali lagi untuk membacanya.

Jika anda tidak dapat mencari terjemahan Bible yang anda inginkan, sila periksa pada kemudian hari. Apabila lebih banyak terjemahan Bible dikeluarkan, terjemahan itu akan ditambahkan dalam JW Library.

 Padam Bible

Anda boleh memadam terjemahan Bible yang tidak lagi diperlukan, atau jika anda ingin mengurangkan penggunaan memori alat elektronik anda.

Buka bahagian navigasi dan tekan tab Bible, kemudian butang Bahasa untuk melihat senarai Bible. Di sebelah Bible yang tidak diingini, tekan butang Lebih Banyak lalu tekan butang Padam.

 Dapatkan Ciri-Ciri Terkini bagi Bible

Dari semasa ke semasa, Bible yang telah dimuat turun mungkin boleh dikemaskinikan.

Bible yang telah dikemaskinikan akan ditandakan dengan ikon muat semula. Apabila anda tekan pada Bible tersebut, anda dapat melihat mesej yang mengatakan bahawa Bible itu telah dikemaskinikan. Tekan Muat Turun untuk mengemaskinikan Bible tersebut, atau tekan Nanti untuk terus membaca Bible dengan menggunakan versi yang dimiliki.

Ciri-ciri ini boleh didapati sejak Februari 2015 di JW Library 1.4, yang boleh digunakan bagi Android 2.3 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat ciri-ciri ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library​—Android,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.