Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

JW LIBRARY

Memasang JW Library jika Anda Tidak Dapat Mengakses App Store​—Android

Memasang JW Library jika Anda Tidak Dapat Mengakses App Store​—Android

Jika anda tidak dapat memasang JW Library pada peranti Android anda daripada suatu app store yang rasmi, seperti Google Play Store atau Amazon Appstore, anda boleh memasangnya secara manual dengan menggunakan pakej Android JW Library (APK).

Untuk memasang JW Library APK, anda mungkin perlu mengaktifkan tetapan “pasang aplikasi yang tidak dikenali” atau “izinkan pemasangan daripada sumber yang tidak dikenali” pada peranti anda. Untuk mengetahui caranya, sila rujuk arahan bagi peranti Android anda.

Sila ikut langkah-langkah berikut untuk memuat turun dan memasang JW Library APK:

  1. Klik butang Muat Turun pada halaman ini untuk menyimpan fail APK pada peranti anda.

  2. Cari fail APK pada peranti anda, kemudian tekan fail itu untuk memasang JW Library.

Selepas memasang JW Library APK, semak dari masa ke masa untuk melihat sama ada terdapat versi aplikasi yang baharu. Untuk berbuat demikian, sila ikut langkah-langkah berikut:

  1. Buka halaman Tetapan di JW Library untuk melihat versi yang sudah dipasang pada peranti anda.

  2. Jika nombor versi pada peranti anda lebih kecil daripada nombor versi yang ditunjukkan di bawah, muat turun dan pasang fail APK dengan menggunakan langkah-langkah yang dinyatakan di atas.

Versi: 11.3 (46869)