Beberapa ciri telah disediakan di JW Library untuk membantu anda semasa membaca. Untuk melihat ciri-ciri ini, buka bar App Commands dengan klik kanan atau luncur (swipe) ke bawah dari bahagian atas skrin.

Anda mungkin perlu menekan butang Lebih Banyak untuk melihat sesetengah fungsi yang terdapat di bahagian itu.

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk menyesuaikan tetapan paparan membaca:

 Tukar Bahasa

Anda boleh mengubah bahasa bagi bab atau rencana yang sedang dibaca.

  • Tekan butang Bahasa untuk melihat senarai bahasa yang mengandungi bahan yang sedang dibaca. Bahasa yang biasa anda gunakan terdapat di atas senarai itu. Edisi Menara Pengawal yang dipermudahkan juga tersenarai di situ. Anda juga boleh mencari dalam senarai itu dengan menaip nama bahasa.

  • Bahasa yang belum dimuat turun akan ditandakan dengan ikon berbentuk awan. Tekan bahasa itu untuk memuat turun bahan bacaan tersebut. Setelah dimuat turun, ikon itu akan hilang. Tekan bahasa itu sekali lagi untuk membacanya.

 Tukar Tetapan Teks

Anda boleh mengubah saiz teks mengikut apa yang anda inginkan bagi memudahkan pembacaan anda.

Tekan butang Tetapan Teks, kemudian gerakkan gelongsor itu untuk membesarkan atau mengecilkan saiz teks. Saiz yang dipilih akan digunakan bagi semua bahan bacaan dalam aplikasi ini.

 Lihat Imej atau Lihat Teks

Sesetengah rencana boleh dibuka dalam bentuk imej atau teks. Tekan pada butang untuk memilih antara dua bentuk itu.

  • Lihat Imej: Imej yang ditunjukkan adalah sama seperti bahan yang dicetak. Sesetengah orang memilih bentuk ini bagi bahan bacaan seperti buku nyanyian supaya dapat melihat notasi muzik.

  • Lihat Teks: Teks yang ditunjukkan mengandungi pautan ayat Bible yang boleh ditekan. Anda juga boleh mengubah saiz teks tersebut.

 Buka di Perpustakaan dalam Talian

Tekan butang Buka di Perpustakaan dalam Talian untuk melihat bahan yang sedang dibaca menerusi PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower.

 Tetapan Paparan Bible

Dengan menekan ayat rujukan Bible di bahan bacaan, anda akan melihat ayat tersebut. Tekan butang Tetapan Paparan yang tertera di bawah ayat itu. Kemudian, anda boleh memilih terjemahan Bible yang telah dimuat turun untuk disertakan dalam senarai tersebut.

Anda boleh menekan butang Tambah atau Tolak untuk menambahkan atau mengeluarkan sesebuah terjemahan. Anda juga boleh mengubah susunan senarai itu dengan menekan butang Atas atau Bawah.

Lihat “Muat Turun dan Atur Bible​—Windows” untuk belajar cara memuat turun lebih banyak terjemahan Bible di JW Library.

Ciri-ciri ini boleh didapati sejak Mac 2015 di JW Library 1.4, yang boleh digunakan bagi Windows 8.1 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat ciri-ciri ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library​—Windows,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.