Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Apakah yang Dapat Membimbing Kita untuk Memiliki Masa Depan yang Lebih Baik?

Apakah yang Dapat Membimbing Kita untuk Memiliki Masa Depan yang Lebih Baik?

Seperti yang dibincangkan dalam rencana sebelumnya, ramai orang bergantung pada nasib, pendidikan, kekayaan, dan menjadi orang yang baik, untuk memiliki masa depan yang baik. Namun, jika anda bergantung pada hal-hal ini, anda seperti menggunakan peta yang salah untuk pergi ke destinasi anda. Adakah ini bermaksud kita tidak mempunyai bimbingan yang dapat dipercayai untuk memiliki masa depan yang baik? Tidak!

BIMBINGAN DARIPADA SUMBER YANG TERBAIK

Semasa membuat keputusan, kita biasanya meminta nasihat daripada seseorang yang lebih tua dan bijak daripada kita. Dalam hal yang sama, kita dapat mencari bimbingan yang dapat dipercayai untuk masa depan kita daripada Individu yang jauh lebih tua dan bijak daripada kita. Kita dapat membaca nasihat daripada Individu itu dalam sebuah buku, iaitu Bible, yang ditulis kira-kira 3,500 tahun yang lalu.

Mengapakah anda dapat mempercayai Bible? Hal ini kerana Pengarangnya ialah Individu yang paling tua dan bijak di seluruh alam semesta. Dia digambarkan sebagai “Dia Yang Lanjut Usia” yang “kekal selama-lamanya.” (Daniel 7:9; Mazmur 90:2) Dia ialah “Pencipta langit dan Tuhan yang benar. Dia membentuk dan menjadikan bumi.” (Yesaya 45:18) Dia memberitahu kita nama-Nya ialah Yehuwa.​—Mazmur 83:18.

Bible tidak mengatakan bahawa suatu bangsa atau budaya lebih baik daripada yang lain. Hal ini kerana Bible berasal daripada Pencipta semua manusia. Nasihat daripada Bible tidak pernah ketinggalan zaman dan bermanfaat untuk semua orang di seluruh bumi. Bible juga terdapat dalam pelbagai bahasa dan diedarkan dengan lebih meluas berbanding buku-buku yang lain. * Jadi, ramai orang dapat membaca dan memahami Bible dengan mudah, serta mendapat manfaat daripada bimbingannya. Hal ini selaras dengan apa yang dikatakan dalam Bible:

“Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.”​—KISAH 10:34, 35.

Sebagaimana ibu bapa yang pengasih membimbing anak-anak mereka, Tuhan Yehuwa, Bapa yang pengasih, juga membantu kita menerusi Firman-Nya, iaitu Bible. (2 Timotius 3:16) Anda dapat mempercayai kata-kata-Nya kerana Dia menciptakan kita dan tahu apa yang membuat kita gembira.

Apakah yang perlu anda lakukan untuk menikmati masa depan sebegini? Bacalah rencana seterusnya.

^ per. 6 Untuk maklumat lanjut mengenai terjemahan dan pengedaran Bible, sila layari www.jw.org/ms dan lihat AJARAN BIBLE > SEJARAH & BIBLE.

^ per. 16 Untuk maklumat lanjut, sila lihat pelajaran 03 dalam buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, poin 5 dan 6. Buku ini diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dan boleh didapati di www.jw.org/ms. Lihat PERPUSTAKAAN > BUKU & BROSUR.