Lompat ke kandungan

Galeri Foto Filipina 1 (Februari 2014 hingga Mei 2015)

Galeri Foto Filipina 1 (Februari 2014 hingga Mei 2015)

Saksi-Saksi Yehuwa sedang membina dan mengubahsuai pejabat cawangan Filipina yang terletak di Bandar Quezon. Memandangkan bahan bacaan bagi negara Filipina dicetak di pejabat cawangan Jepun, bangunan bagi kerja pencetakan diubahsuai untuk kegunaan Bahagian Komputer, Reka Bina Tempatan (LDC), Penyelenggaraan, Penghantaran, dan Penterjemahan. Galeri foto ini menunjukkan kerja yang dilakukan dari bulan Februari 2014 hingga Mei 2015. Projek ini dijadualkan selesai pada bulan Oktober 2016.

Pelan pejabat cawangan Filipina. Bangunan dan struktur yang dibina atau diubahsuai termasuk:

  • Bangunan 4 (Kediaman)

  • Bangunan 5 (Audio/Video, Bahagian Kerja Penyebaran)

  • Bangunan 6 (Landskap, Penyelenggaraan Kenderaan, Pengimpalan)

  • Bangunan 7 (Komputer, LDC, Penyelenggaraan, Penghantaran, Penterjemahan)

28 Februari 2014​—Bangunan 7

Para pekerja membalut penebat kaca gentian untuk melindunginya daripada lembapan. Pakaian khas digunakan untuk melindungi kulit mereka.

2 April 2014​—Bangunan 7

Siling studio bagi Bahagian Penterjemahan Bahasa Isyarat Filipina siap dibina. Lubang pada siling akan dipasang dengan perlengkapan HVAC untuk menyalurkan udara ke seluruh studio.

21 Oktober 2014​—Tapak pembinaan di Bandar Quezon

Menggali tanah untuk memasang sistem penyejukan air. Sistem baru ini akan digunakan untuk semua bangunan pejabat cawangan.

19 Disember 2014​—Laluan untuk menghubungkan Bangunan 1, 5, dan 7

Laluan yang baru ini akan menghubungkan semua bangunan utama, termasuk Bangunan 1, di mana terletaknya ruang makan. Laluan ini akan digunakan oleh lebih daripada 300 orang pekerja di Bangunan 7.

15 Januari 2015​—Bangunan 5

Kren 50 tan sedang mengangkat kepingan bumbung. Pelbagai jenis kren yang digunakan dikendalikan oleh kontraktor tempatan.

15 Januari 2015​—Bangunan 5A

Bangunan dua tingkat yang berkeluasan 125 meter persegi ini dilengkapi dengan dua bilik air, tangga, dan sebuah lif. Oleh sebab bilik air dan tangga terletak di bangunan ini, lebih banyak ruang di Bangunan 5, yang bersebelahan dengan bangunan ini, boleh dikhaskan untuk kegunaan lain. Tambahan lagi, bunyi lif tidak akan mengganggu kerja audio dan video yang dijalankan di Bangunan 5.

15 Januari 2015​—Bangunan 5A

Para pekerja memasang tetulang keluli. Pada bulan Januari, purata suhu waktu siang ialah 29 darjah Celsius, manakala purata suhu pada bulan April ialah 34 darjah Celsius.

5 Mac 2015​—Bangunan 5

Pekerja mengukuhkan rangka bumbung dengan menggunakan kayu. Sebanyak 800 kayu keras digunakan untuk Bangunan 5.

17 Mac 2015​—Bangunan 5

Pekerja sedang membancuh simen untuk sebuah projek kecil. Mereka yang terlibat dalam projek pembinaan ini termasuk lebih daripada 100 orang yang berasal dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Kanada, Korea Selatan, New Zealand, Perancis, Sepanyol, dan lain-lain.

25 Mac 2015​—Bangunan 5

Bumbung besi dipasang pada Bangunan 5, yang dahulunya digunakan untuk Bahagian Penterjemahan. Bangunan ini sedang diubahsuai dan akan digunakan untuk Bahagian Audio/Video dan Bahagian Kerja Penyebaran.

13 Mei 2015​—Bangunan 5

Pekerja menggunakan mesin pemotong untuk memotong besi yang akan digunakan sebagai rangka dinding pejabat.