Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Galeri Foto Filipina 2 (Jun 2015 hingga Jun 2016)

Galeri Foto Filipina 2 (Jun 2015 hingga Jun 2016)

Saksi-Saksi Yehuwa di Filipina telah menyiapkan projek mengubahsuai pejabat cawangan mereka di Bandar Quezon. Dalam galeri foto ini, lihatlah perkembangan projek pengubahsuaian dan bagaimana para sukarelawan menyokong projek tersebut yang berlangsung dari bulan Jun 2015 hingga Jun 2016. Beberapa bulan kemudian, bangunan-bangunan tersebut sedia digunakan dan ditahbiskan pada bulan Februari 2017.

Lukisan pejabat cawangan Filipina. Bangunan dan struktur yang dibina atau diubahsuai termasuk:

  • Bangunan 4 (Kediaman)

  • Bangunan 5 (Audio/Video, Bahagian Kerja Penyebaran)

  • Bangunan 6 (Landskap, Penyelenggaraan Kenderaan, Pengimpalan)

  • Bangunan 7 (Komputer, LDC, Penyelenggaraan, Penghantaran, Penterjemahan)

15 Jun 2015​—Tapak pembinaan di Bandar Quezon

Kumpulan bahagian konkrit menyediakan acuan untuk membuat laluan pejalan kaki yang menghubungkan Bangunan 1, 5, dan 7.

15 Jun 2015​—Bangunan 5

Sebelum memulakan sebuah projek, para tukang kayu mengkaji pelan lukisan yang disediakan oleh Bahagian Reka Bina Serantau (RDC)–Asia/Pasifik. Pada Mac 2016, bahagian tersebut berpindah dari Australia ke pejabat cawangan Filipina.

23 Jun 2015​—Tapak pembinaan di Bandar Quezon

Sebelum menggali parit, seorang pekerja menggunakan mesin pengorek untuk menghancurkan laluan kenderaan konkrit. Saluran air sejuk bagi sistem penyaman udara berpusat akan ditanamkan dalam parit-parit yang digali.

20 Julai 2015​—Tapak pembinaan di Bandar Quezon

Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat sedang bersedia untuk mengimpal susur tangan bagi laluan pejalan kaki.

20 Julai 2015​—Tapak pembinaan di Bandar Quezon

Para pekerja menanamkan paip saluran air sejuk di antara Bangunan 4 dan 5.

18 September 2015​—Bangunan 5

Seorang pekerja menggunakan kokot tembak (gun tacker) untuk memasang ambang tingkap.

18 September 2015​—Bangunan 5

Pemasang karpet memasang jubin karpet. Seluruh tingkat dua di Bangunan 5 digunakan terutamanya untuk bahagian Audio/Video. Karpet yang dipasang dapat mengurangkan bunyi bising.

22 Oktober 2015​—Bangunan 5

Tukang cat sedang menyapu cat yang boleh memantulkan sinaran matahari. Cara ini dapat mengekalkan suhu yang lebih rendah dalam bangunan dan mengurangkan kos elektrik.

10 Februari 2016​—Bangunan 4

Seorang pekerja konkrit menanggalkan acuan-acuan yang digunakan untuk membina tembok. Bangunan 4 mempunyai dua tingkat. Para pelajar yang menghadiri sekolah-sekolah pendidikan Bible akan menginap di sini.

10 Februari 2016​—Bangunan 4

Seorang ahli daripada unit sistem pemanasan, pengudaraan, dan penyaman udara memasang penebat untuk paip air sejuk untuk meningkatkan kecekapan sistem dan mengurangkan kondensasi.

16 Februari 2016​—Bangunan 4

Seorang juruteknik dari Australia sedang memeriksa salah satu pemutus litar (circuit breaker). Terdapat lebih daripada 100 pekerja profesional dijemput datang ke Filipina untuk membantu dalam projek pengubahsuaian ini.