Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Peningkatan Kadar Inflasi di Serata Dunia—Apakah yang Bible Katakan?

Peningkatan Kadar Inflasi di Serata Dunia—Apakah yang Bible Katakan?

 “Keadaan ekonomi dunia kini terancam,” kata presiden Kumpulan Bank Dunia dalam laporan pada Jun 2022. “Harga barang yang meningkat dengan cepat menjejaskan kuasa beli pengguna.”

 Tabung Kewangan Antarabangsa juga menyatakan, “Harga minyak dan makanan yang meningkat secara mendadak telah memberi kesan yang paling teruk, terutamanya bagi negara yang berpendapatan rendah.”

 Bible menjelaskan mengapa kita sedang menghadapi masalah ekonomi yang parah, cara untuk menanganinya, dan penyelesaian yang kekal kepada masalah ini.

Kos hidup yang meningkat “pada hari-hari terakhir”

  •   Bible kata kita sedang hidup “pada hari-hari terakhir.”—2 Timotius 3:1.

  •   Yesus menjelaskan bahawa “orang akan melihat kejadian yang menakutkan” pada zaman ini. (Lukas 21:11) Sememangnya, kadar inflasi yang semakin meningkat menyebabkan orang berasa takut dan risau tentang masa depan. Ramai juga khuatir jika mereka dapat terus menyara keluarga mereka.

  •   Buku Wahyu menubuatkan bahawa harga makanan akan melambung tinggi pada zaman ini. Bible kata, “Aku mendengar sesuatu yang kedengaran seperti suara . . . berkata, ‘Satu kilogram gandum seharga upah sehari dan tiga kilogram barli seharga upah sehari juga.’”—Wahyu 6:6, Alkitab Berita Baik.

 Untuk tahu lebih lanjut tentang “hari-hari terakhir” dan nubuat dalam buku Wahyu, lihatlah video Dunia Telah Berubah sejak 1914 dan bacalah rencana “Empat Penunggang Kuda—Siapakah Mereka?

Penyelesaian kekal untuk semua masalah ekonomi

  •   “Orang akan membina rumah dan mendiaminya; mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya. Rumah yang dibina oleh mereka tidak akan didiami oleh orang lain, dan apa yang ditanam oleh mereka tidak akan dimakan oleh orang lain.”—Yesaya 65:21, 22.

  •   “Bumi akan melimpah dengan biji-bijian, dan puncak gunung akan mengeluarkan hasil yang lumayan.”—Mazmur 72:16.

  •   “Yehuwa berfirman, ‘Aku akan bangkit dan bertindak demi orang yang ditindas dan demi orang miskin yang berkeluh-kesah.’”—Mazmur 12:5. a

 Tidak lama lagi, Tuhan akan melenyapkan semua masalah ekonomi. Dia akan melakukannya bukan untuk satu negara sahaja tetapi di seluas dunia. Untuk maklumat lanjut, bacalah rencana “Dapatkah Sistem Ekonomi yang Adil Wujud?

 Selain menawarkan penyelesaian kekal, Bible juga membantu anda menangani keadaan ekonomi yang merosot. Contohnya, terdapat nasihat Bible yang praktikal untuk mengurus wang dengan bijak. (Amsal 23:4, 5; Pengkhutbah 7:12) Untuk tahu lebih banyak, sila baca rencana “Urus Kewangan dengan Bijak” dan “Bagaimanakah Saya Dapat Hidup dengan Pendapatan yang Kurang Berbanding Dahulu?

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.