Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 6:1-17

  • Anak Bebiri membuka enam meterai pertama (1-17)

    • Penakluk yang menunggang kuda putih (1, 2)

    • Penunggang kuda merah menyala mengambil kedamaian (3, 4)

    • Penunggang kuda hitam membawa kebuluran (5, 6)

    • Penunggang kuda yang pucat bernama Maut (7, 8)

    • Darah di bawah mazbah (9-11)

    • Gempa bumi yang dahsyat (12-17)

6  Aku nampak Anak Bebiri+ itu membuka salah satu daripada tujuh meterai itu,+ lalu aku mendengar salah satu daripada empat makhluk hidup itu+ berkata dengan suara seperti guruh, “Marilah!”  Kemudian, aku nampak seekor kuda putih.+ Penunggangnya memegang sebuah busur, dan sebuah mahkota diberikan kepadanya.+ Dia pergi untuk menakluki musuhnya dan mengalahkan mereka.+  Semasa dia membuka meterai yang kedua, aku mendengar makhluk hidup yang kedua+ berkata, “Marilah!”  Kemudian aku nampak seekor kuda yang lain datang. Kuda itu berwarna merah menyala, dan penunggang kuda itu diizinkan untuk mengambil kedamaian dari bumi sehingga manusia saling membunuh dengan kejam. Dia diberi sebilah pedang yang besar.+  Semasa dia membuka meterai yang ketiga,+ aku mendengar makhluk hidup yang ketiga+ berkata, “Marilah!” Kemudian, aku nampak seekor kuda hitam, dan penunggang kuda itu memegang sebuah dacing di tangannya.  Selepas itu, aku mendengar sesuatu yang kedengaran seperti suara dari tengah-tengah empat makhluk hidup itu, yang berkata, “Kira-kira satu kilogram* gandum harganya satu denari,*+ dan kira-kira tiga kilogram* barli harganya satu denari. Gunakanlah minyak zaitun dan wain dengan cermat.”+  Semasa dia membuka meterai yang keempat, aku mendengar suara makhluk hidup yang keempat+ berkata, “Marilah!”  Kemudian aku nampak seekor kuda yang pucat. Penunggang kuda itu bernama Maut, dan Kuburan* mengikutinya dari belakang. Mereka diberi kuasa atas satu perempat daripada bumi, untuk membunuh orang dengan menggunakan pedang yang panjang, kebuluran,+ penyakit yang membawa maut, dan binatang buas.+  Semasa dia membuka meterai yang kelima, aku nampak di bawah mazbah+ ada darah* orang+ yang dibunuh demi firman Tuhan dan demi kesaksian yang diberikan oleh mereka.+ 10  Dengan suara yang lantang, mereka berseru, “Ya Tuhan Yang Berdaulat, Tuan yang suci dan benar,+ sampai bilakah Engkau akan menahan diri daripada menghakimi dan melaksanakan pembalasan terhadap penduduk bumi yang telah membunuh kami?”+ 11  Kemudian mereka masing-masing diberi sehelai jubah putih+ dan disuruh untuk berehat sebentar lagi, sehingga jumlah saudara seiman yang juga merupakan hamba seperti mereka genap bilangannya. Saudara-saudara itu juga akan dibunuh tidak lama lagi seperti mereka.+ 12  Semasa dia membuka meterai yang keenam, gempa bumi yang dahsyat berlaku. Matahari menjadi gelap seperti kain guni hitam,* dan seluruh bulan menjadi seperti darah.+ 13  Bintang-bintang di langit jatuh ke bumi, seperti buah ara yang belum masak gugur dari pokok ara yang digoncang oleh angin kencang. 14  Langit menghilang seperti sebuah gulungan yang digulung,+ dan setiap gunung dan setiap pulau dipindahkan dari tempatnya.+ 15  Lalu raja-raja di bumi, pegawai tinggi, ketua pasukan tentera, orang yang kaya, orang yang kuat, setiap orang yang bebas, dan setiap hamba, menyembunyikan diri di dalam gua-gua dan di celah-celah batu di kawasan pergunungan.+ 16  Mereka asyik berkata kepada gunung-gunung dan batu-batu itu, “Timpalah kami+ dan sembunyikanlah kami daripada muka Dia yang duduk di atas takhta+ dan daripada kemurkaan Anak Bebiri,+ 17  kerana hari besar kemurkaan mereka sudah tiba,+ dan siapakah yang akan terselamat?”+

Nota Kaki

Harfiah, “1 kuart.” Lihat Lampiran B14.
Duit perak Roma yang nilainya sama dengan gaji sehari. Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “3 kuart.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “jiwa.” Lihat Kamus.
Mungkin diperbuat daripada bulu kambing.