Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Sinar Harapan dalam Dunia yang Kelam

Sinar Harapan dalam Dunia yang Kelam

Sinar Harapan dalam Dunia yang Kelam

“Pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi.”​—2 TIMOTIUS 3:1.

PERNAHKAH anda mendengar atau mengalami bencana dan malapetaka yang berikut?

● Wabak penyakit meragut nyawa banyak orang.

● Masalah kebuluran menyebabkan ratusan orang mati kelaparan.

● Gempa bumi membunuh ribuan orang, dan memusnahkan rumah dan harta benda.

Rencana ini akan membincangkan beberapa peristiwa yang disebut dalam Bible sebagai “hari-hari terakhir.” Anda akan belajar nubuat-nubuat Bible tentangnya.

Tujuan rencana ini bukanlah untuk membuktikan bahawa keadaan dunia sangat teruk. Tetapi, tujuannya adalah untuk memberi anda harapan. Dengan mengkaji enam nubuat dalam Bible, anda akan belajar bahawa kita sedang hidup pada penghujung “hari-hari terakhir.” Maksudnya, tidak lama lagi semua masalah yang kita lihat akan dilenyapkan. Kita juga akan melihat pandangan orang ramai terhadap hal ini dan bukti bahawa masa depan yang indah sedang menantikan kita.