Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Nubuat 6. Kerja Menginjil di Seluas Dunia

Nubuat 6. Kerja Menginjil di Seluas Dunia

Nubuat 6. Kerja Menginjil di Seluas Dunia

“Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi.”​—MATIUS 24:14.

● Vaiatea tinggal di salah sebuah pulau di Kepulauan Tuamotu di Lautan Pasifik. Terdapat hanya sekitar 16,000 orang yang tinggal di kawasan yang berukuran 802,900 kilometer persegi. Walaupun kampungnya sangat terpencil, Saksi-Saksi Yehuwa telah mengunjungi tempat itu untuk mengongsi berita baik daripada Bible. Mengapa? Tidak kira di mana orang berada, Saksi-Saksi Yehuwa berusaha untuk mencapai mereka.

APAKAH FAKTANYA? Pada 2010, Saksi-Saksi Yehuwa telah menginjil di 236 negara dan kawasan, dan menggunakan lebih daripada 1.6 bilion jam dalam kerja ini. Maksudnya secara purata, setiap Saksi menghabiskan 30 minit setiap hari untuk menginjil. Sepanjang 10 tahun yang lalu, mereka telah menghasilkan dan mengedarkan lebih daripada 20 bilion bahan bacaan Bible.

APAKAH PANDANGAN SESETENGAH ORANG? Sejak ribuan tahun yang lalu, mesej Bible sudah disebarkan.

ADAKAH HAL ITU BERASAS? Memang benar, banyak orang telah menginjil tentang mesej Bible. Tapi, kebanyakan daripada mereka hanya melakukannya dalam skala yang kecil dan untuk masa yang singkat. Sebaliknya, Saksi-Saksi Yehuwa menjalankan kerja menginjil secara teratur dan mencapai jutaan orang di seluas bumi. Walaupun kerja ini ditentang oleh kerajaan yang zalim dan organisasi lain, Saksi-Saksi Yehuwa tidak pernah putus asa. (Markus 13:13) Selain itu, mereka tidak dibayar untuk melakukan kerja menginjil. Bahkan bahan bacaan mereka ditawarkan secara percuma. Semuanya dijalankan secara sukarela dan disokong oleh derma sukarela.

APAKAH PANDANGAN ANDA? Adakah “berita baik tentang Kerajaan Tuhan” sedang disebarkan di seluas dunia? Adakah hal ini bermaksud bahawa masa depan yang cerah sedang menantikan anda?

[Petikan pada muka surat 9]

“Selagi Yehuwa mengizinkannya, kita akan terus menginjil dengan bersemangat dan menggunakan apa saja kaedah untuk mencapai orang.”​—BUKU TAHUNAN SAKSI-SAKSI YEHUWA 2010.