Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Nubuat 2. Kebuluran

Nubuat 2. Kebuluran

Nubuat 2. Kebuluran

“Kebuluran juga akan berlaku.”​—MARKUS 13:8.

● Seorang lelaki telah berpindah ke sebuah kampung di Quaratadji, Niger dengan harapan untuk mencari makanan bagi keluarganya. Tetapi kini dia baring di atas lantai seorang diri. Mengapa? Sidi, ketua kampung itu berkata, “Dia tidak dapat memberi [keluarganya] makanan, dan dia tidak tahan melihat mereka kelaparan.”

APAKAH FAKTANYA? Di seluas dunia, hampir 1 daripada 7 orang tidak mendapat makanan yang cukup setiap hari. Angka ini lebih teruk di sesetengah kawasan Afrika. Di sana, 1 daripada 3 orang tidak cukup makan untuk jangka masa yang lama. Bayangkan jika sebuah keluarga ada ayah, ibu, dan seorang bayi. Salah seorang daripada mereka tidak akan mempunyai makanan. Jadi, siapakah yang akan tidur kelaparan? Itulah keputusan yang harus mereka buat setiap hari.

APAKAH PANDANGAN SESETENGAH ORANG? Bumi dapat hasilkan cukup makanan untuk semua orang. Manusia harus pandai mengurusnya.

ADAKAH HAL ITU BERASAS? Walaupun manusia dapat menghasilkan dan mengedar makanan dengan lebih efisien, masalah kebuluran masih tidak dapat diselesaikan. Pihak kerajaan telah berusaha selama puluhan tahun, tetapi mereka gagal mengubah keadaan.

APAKAH PANDANGAN ANDA? Adakah anda rasa kata-kata di Markus 13:8 sedang berlaku? Adakah teknologi berjaya melenyapkan masalah kebuluran?

Bible menyebut bahawa gempa bumi dan kebuluran ialah sebahagian daripada tanda hari-hari terakhir. Namun terdapat ciri lain yang akan kita kaji.

[Petikan pada muka surat 5]

“Lebih daripada satu pertiga kanak-kanak yang mati akibat pneumonia, cirit-birit, dan penyakit lain dapat diselamatkan jika mereka mempunyai makanan dan nutrisi yang cukup.”​—ANN M. VENEMAN, BEKAS PENGARAH EKSEKUTIF TABUNG KANAK-KANAK PBB (UNICEF).

[Sumber Gambar pada muka surat 5]

© Paul Lowe/​Panos Pictures