Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 8

Mengajar melalui Perumpamaan

Mengajar melalui Perumpamaan

Matius 13:34, 35

RINGKASAN: Mantapkan ajaran anda dengan menggunakan perumpamaan mudah yang menonjolkan ajaran penting dan menyentuh hati.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Pilih perumpamaan yang mudah. Seperti Yesus, gunakan hal yang kecil untuk menjelaskan hal yang besar, dan hal yang mudah untuk menjelaskan hal yang rumit. Jangan menambahkan butiran yang tidak penting kepada perumpamaan. Pastikan ciri-ciri dalam perumpamaan anda bersesuaian dengan apa yang anda ajarkan supaya tidak kedengaran pelik dan menyimpangkan perhatian pendengar.

  • Fikirkan pendengar anda. Pilih perumpamaan berdasarkan kegiatan dan minat pendengar. Pastikan perumpamaan anda tidak membuat mereka berasa malu atau tersinggung.

  • Ajarkan isi utama. Gunakan perumpamaan untuk mengajarkan isi utama, bukan butiran kecil. Pastikan pendengar anda bukan sahaja mengingati perumpamaan itu, tetapi juga pengajaran yang hendak disampaikan.