Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 PELAJARAN 1

Pengenalan yang Berkesan

Pengenalan yang Berkesan

Kisah 17:22

RINGKASAN: Kata-kata pengenalan anda harus membangkitkan minat, menonjolkan topik anda, dan menunjukkan sebabnya topik itu penting bagi pendengar.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Bangkitkan minat. Pilih soalan, pernyataan, kisah benar, atau berita yang akan menarik minat pendengar anda.

  • Nyatakan topik dengan jelas. Pastikan pengenalan anda menonjolkan topik dan tujuan penyampaian anda.

  • Tunjukkan sebabnya topik anda penting. Sesuaikan kata-kata pengenalan anda dengan keperluan pendengar. Mereka harus memahami dengan jelas bagaimana topik itu dapat membantu mereka secara peribadi.