Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 PELAJARAN 6

Penggunaan Ayat Bible Dijelaskan

Penggunaan Ayat Bible Dijelaskan

Yohanes 10:33-36

RINGKASAN: Jangan sekadar membaca ayat Bible dan terus beralih kepada isi yang seterusnya. Pastikan pendengar dapat melihat kaitan antara ayat yang dibaca dengan isi yang anda huraikan.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Tonjolkan kata kunci. Selepas membaca ayat Bible, tonjolkan perkataan yang berkaitan dengan isi utama anda. Anda boleh mengulangi perkataan itu atau menanyakan soalan yang menghalakan perhatian pendengar kepada kata kunci itu.

  • Tekankan isi penting. Jika anda telah menyebut tujuan sebuah ayat Bible dibacakan semasa memperkenalkannya, jelaskan bagaimana kata kunci dalam ayat itu menyokong tujuan yang anda sebutkan.

  • Pastikan penjelasan anda mudah. Jangan bincangkan butiran yang tidak menyokong isi utama. Fikirkan apa yang sudah diketahui pendengar tentang topik anda. Kemudian, tentukan jumlah maklumat yang diperlukan untuk membuat penerangan anda jelas dan mudah difahami.