Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Apakah yang Dikatakan Bible tentang Dinosaur?

Jawapan Bible

Bible tidak menyatakan secara langsung tentang dinosaur. Namun begitu, Bible memberitahu kita bahawa Tuhan telah “menciptakan segala sesuatu,” jadi sudah pasti dinosaur juga merupakan hasil ciptaan Tuhan. * (Wahyu 4:​11) Walaupun Bible tidak menyebut tentang dinosaur secara spesifik, kumpulan binatang berikut yang disebut dalam Bible mungkin termasuk dinosaur juga:

Adakah dinosaur hasil evolusi daripada binatang lain?

Rekod fosil menunjukkan bahawa dinosaur wujud secara mendadak, dan bukan secara beransur-ansur melalui evolusi. Hal ini selaras dengan apa yang dikatakan dalam Bible, iaitu semua binatang diciptakan oleh Tuhan. Contohnya, Mazmur 146:6 menggambarkan Tuhan sebagai “Pencipta langit dan bumi serta laut dan segala isinya.”

Bilakah dinosaur wujud?

Bible menerangkan bahawa segala binatang laut dan binatang darat diciptakan pada hari penciptaan yang kelima dan keenam. * (Kejadian 1:​20-​25, 31) Jadi, menurut catatan Bible, dinosaur mungkin pernah wujud buat suatu jangka masa yang lama.

Adakah Behemot dan Lewiatan merujuk kepada dinosaur?

Tidak. Walaupun binatang-binatang ini yang disebut dalam buku Ayub tidak dapat dipastikan dengan tepat, Behemot biasanya dikenal pasti sebagai badak air dan Lewiatan pula sebagai buaya. Binatang-binatang ini memang sepadan dengan gambaran yang diberi dalam ayat Bible. (Ayub 40:15-23; 41:​1, 14-​17, 31) Tidak kira andaian ini betul atau salah, istilah “Behemot” dan “Lewiatan” tidak mungkin merujuk kepada dinosaur. Hal ini kerana Tuhan menyuruh Ayub untuk memerhatikan binatang-binatang ini sendiri, dan dinosaur pula sudah pupus pada zaman Ayub.​—Ayub 40:16; 41:8.

Apakah yang telah berlaku kepada dinosaur?

Bible tidak menyatakan tentang sebab dinosaur menjadi pupus. Namun, Bible mengatakan bahawa segala sesuatu diciptakan “kerana kehendak [Tuhan],” jadi Tuhan pasti telah menciptakan dinosaur untuk tujuan tertentu. (Wahyu 4:​11) Apabila tujuan itu telah dilaksanakan, Tuhan membenarkan dinosaur menjadi pupus.

^ per. 3 Rekod fosil membuktikan bahawa dinosaur pernah wujud. Fosil-fosil yang ditemui menunjukkan bahawa pada suatu masa dahulu, terdapat pelbagai jenis dinosaur yang wujud dalam bentuk dan saiz yang berbeza-beza.

^ per. 10 Dalam Bible, perkataan “hari” boleh merujuk kepada suatu jangka masa yang berlangsung selama beribu-ribu tahun.​—Kejadian 1:​31; 2:​1-4; Ibrani 4:​4, 11.