Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Siapakah Anti-Kristus atau Musuh Kristus?

Jawapan Bible

Istilah “anti-Kristus” tidak hanya merujuk kepada seseorang, sebuah organisasi, atau entiti yang tertentu. Bible menyatakan bahawa terdapat “banyak musuh Kristus,” atau anti-Kristus. (1 Yohanes 2:​18) Istilah “anti-Kristus” yang datang daripada perkataan Yunani yang bermaksud “menentang Kristus” merujuk kepada orang yang melakukan perkara-perkara berikut:

Menurut Bible, anti-Kristus merangkumi semua orang, organisasi, atau kumpulan yang melakukan perkara yang telah disenaraikan. (2 Yohanes 7) Anti-Kristus mula muncul sejak zaman para rasul Yesus. Sehingga hari ini, mereka terus bergiat menentang Yesus. Hal-hal ini telah dinubuatkan dalam Bible.​—1 Yohanes 4:3.

Cara untuk mengenal pasti anti-Kristus

  • Mereka menyebarkan ajaran yang salah tentang Yesus. (Matius 24:​9, 11) Contohnya, orang yang mengajar tentang Tritunggal atau mengatakan bahawa Yesus ialah Tuhan Yang Maha Kuasa sedang menyebarkan ajaran palsu. Yesus sendiri berkata bahawa “Bapa lebih besar daripada aku.”​—Yohanes 14:28.

  • Anti-Kristus menolak ajaran Yesus tentang Kerajaan Tuhan. Misalnya, ada pemimpin agama yang berkata bahawa Kristus memerintah melalui kerajaan manusia. Tetapi, ajaran ini bercanggahan dengan kata-kata Yesus yang berikut: “Kerajaanku bukan sebahagian daripada dunia ini.”​—Yohanes 18:36.

  • Mereka mengaku Yesus ialah Tuan, tetapi mereka tidak mentaatinya, termasuk perintahnya untuk menginjil tentang berita baik Kerajaan Tuhan.​—Matius 28:19, 20; Lukas 6:​46; Kisah 10:42.