Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Adakah Tuhan Suatu Tritunggal?

Jawapan Bible

Banyak gereja mengajarkan bahawa Tuhan ialah suatu Tritunggal. Namun, perhatikan catatan Encyclopædia Britannica: “Perkataan Tritunggal mahupun ajaran tentang hal ini tidak terdapat dalam Perjanjian Baharu . . . Doktrin ini mula terbentuk secara beransur-ansur selama beberapa abad dan telah banyak didebatkan.”

Sebenarnya, Bible tidak pernah menyatakan bahawa Tuhan merupakan sebahagian daripada Tritunggal. Perhatikan ayat-ayat Bible yang berikut:

“Yehuwa ialah Tuhan kita dan Yehuwalah Tuhan yang esa.”—Ulangan 6:4.

“Engkau, yang bernama Yehuwa, ialah satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.”—Mazmur 83:18.

“Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Engkau utus, maka mereka mendapat kehidupan kekal.”—Yohanes 17:3.

“Tuhan hanya satu.”—Galatia 3:20.

Mengapakah banyak gereja mengatakan bahawa Tuhan ialah suatu Tritunggal?