Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

“Aku Sudah Membuat Nama-Mu Nyata”

“Aku Sudah Membuat Nama-Mu Nyata”

“Aku Sudah Membuat Nama-Mu Nyata”

“Aku sudah membuat nama-Mu nyata kepada orang dari dunia ini yang telah Engkau serahkan kepadaku. . . . Aku sudah membuat nama-Mu nyata kepada mereka dan aku akan terus berbuat demikian.”​—YOHANES 17:6, 26.

Maksud: Yesus memberitahu orang lain tentang nama Tuhan semasa menginjil. Semasa Yesus membaca Ayat-Ayat Suci, dia pasti telah menyebut nama peribadi Tuhan. (Lukas 4:16-21) Dia mengajar murid-muridnya untuk berdoa, “Bapa, semoga nama-Mu disucikan.”​—Lukas 11:2.

Teladan Orang Kristian Awal: Rasul Petrus memberitahu rakan seiman di Yerusalem bahawa Tuhan telah memilih sebuah bangsa untuk menjadi “umat yang menyandang nama-Nya.” (Kisah 15:14) Semasa menginjil, para rasul dan orang Kristian lain mengajar bahawa “semua orang yang menyeru nama Yehuwa akan diselamatkan.” (Kisah 2:21; Roma 10:13) Mereka juga menggunakan nama Tuhan semasa menulis Kitab Yunani Kristian. The Tosefta, iaitu koleksi hukum orang Yahudi yang disiapkan kira-kira pada 300 Masihi, menyebut tentang tulisan Kristian yang dibakar oleh musuh. The Tosefta kata, ‘Buku Penginjil dan buku minim [mungkin merujuk kepada orang Kristian Yahudi] dibakar bersama bahagian-bahagian yang mengandungi nama Tuhan.’

Siapa yang Mengikut Teladan Mereka Hari Ini? Bible Revised Standard Version, yang dirasmikan oleh Majlis Kebangsaan Gereja-Gereja Kristus Amerika Syarikat, kata di bahagian pendahuluannya, “Nama khas untuk satu-satunya Tuhan tidak digunakan oleh agama Yahudi sebelum zaman Kristian. Mereka rasa Dia tidak perlu dibezakan daripada tuhan-tuhan lain. Jika begitu, nama Tuhan juga tidak sesuai digunakan oleh semua Gereja Kristian.” Maka, nama Tuhan digantikan dengan gelaran “TUAN.” Baru-baru ini, Vatikan memberikan arahan ini kepada uskup-uskup: “Nama Tuhan dalam bentuk tetragrammaton, iaitu YHWH *, tidak patut digunakan atau disebutkan dalam lagu dan doa.”

Hari ini, siapakah yang menggunakan dan menyebarkan nama Tuhan? Semasa Sergey masih remaja dan tinggal di Kyrgyzstan, dia menonton sebuah filem yang menyebut bahawa nama Tuhan ialah Yehuwa. Selama sekitar 10 tahun, dia tidak mendengar apa-apa tentang nama itu lagi. Selepas Sergey berpindah ke Amerika Syarikat, dua orang Saksi-Saksi Yehuwa mengunjungi rumahnya. Mereka menunjukkan nama Tuhan daripada Bible. Dia sangat gembira kerana berjumpa dengan sekumpulan orang yang menggunakan nama Yehuwa. Perhatikan juga apa yang dikatakan kamus Webster’s Third New International Dictionary di bawah istilah “Tuhan Yehuwa.” Penjelasannya berbunyi, “Tuhan Yang Maha Tinggi dan satu-satunya Tuhan yang disembah Saksi-Saksi Yehuwa.”

[Nota kaki]

^ per. 5 Dalam bahasa Melayu, nama ini sering diterjemahkan sebagai “Yehuwa.”