Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Masa Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Berkesan

Masa Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Berkesan

Masa Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Berkesan

Apakah yang harus dilakukan untuk menambahkan nikmat pembelajaran Bible? Bagaimanakah kita dapat meraih manfaat yang lebih besar? Terdapat tiga langkah penting yang akan membantu kita memanfaatkan pembelajaran peribadi dengan sepenuhnya. Mari kita lihat.

1 BERDOA: Langkah pertama ialah berdoa. (Mzm. 42:9) Mengapa? Mempelajari Firman Tuhan ialah sebahagian penyembahan kita. Maka, kita perlu memohon Yehuwa agar membuka hati dan minda kita serta memberikan daya aktif-Nya. (Luk. 11:13) Barbara, yang sudah lama berkhidmat sebagai seorang mubaligh berkata, “Saya selalu berdoa sebelum membaca atau mempelajari Bible. Selepas itu, saya berasa Yehuwa menyertai saya dan gembira dengan usaha saya.” Berdoa sebelum mempelajari Bible akan melapangkan hati dan minda kita agar menikmati jamuan rohani yang disediakan.

2 PERENUNGAN: Ramai membaca Firman Tuhan sekilas pandang kerana kesuntukan masa. Oleh itu mereka terlepas manfaat yang diperoleh menerusi pembelajaran Bible. Carlos, yang sudah menyembah Yehuwa lebih daripada 50 tahun, sedar bahawa pembelajarannya lebih berhasil sekiranya dia meluangkan masa untuk perenungan. Katanya, “Sekarang saya hanya membaca kira-kira dua halaman Bible setiap hari. Jadi, saya dapat menghabiskan lebih banyak waktu untuk perenungan dan memperoleh iktibar-iktibar yang penting.” (Mzm. 77:13) Apabila kita meluangkan masa untuk perenungan, pengetahuan dan pengertian kita tentang kehendak Tuhan akan bertambah.​—Kol. 1:9-11.

3 TERAPKAN: Jika kita mengetahui nilai praktikal suatu kegiatan, kita akan meraih manfaat yang berganda. Begitu juga dengan pembelajaran Bible. “Pembelajaran membantu saya mengatasi masalah kehidupan seharian dan mempersiapkan saya untuk membantu orang lain,” kata Gabriel, seorang saudara muda yang mempelajari Bible dengan tetap. Dia melanjutkan, “Saya berusaha menerapkan semua yang telah dipelajari.” (Ul. 11:18; Yos. 1:8) Ya, kita boleh menimba dan menerapkan pengetahuan daripada wadah ilmu Tuhan.​—Ams. 2:1-5.

KESIMPULAN: Kita sangat bersyukur kerana berpeluang menyelami pengetahuan yang disediakan oleh Yehuwa, Sumber segala hikmat! (Rm. 11:33) Maka, sebelum belajar, berdoalah kepada Yehuwa supaya Dia membuka hati dan minda anda serta mengurniakan daya aktif-Nya. Jangan lupa berhenti sejenak untuk merenungkan apa yang anda baca. Akhirnya, terapkan apa yang anda pelajari. Dengan mengambil langkah-langkah ini, pembelajaran Bible anda akan menjadi lebih seronok dan berkesan.