Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tip Pembelajaran

Tip Pembelajaran

Adakah anda suka membaca kisah hidup saudara saudari?

Sepasang suami isteri yang membaca satu kisah hidup setiap pagi berkata, “Kami sangat digalakkan setelah membaca kisah hidup saudara saudari! Pengalaman mereka mengingatkan kami bahawa kami juga dapat tetap setia kepada Yehuwa biarpun menghadapi banyak cubaan.” Seorang saudari juga berasa begitu. Dia berkata, “Semua kisah hidup ini melegakan hati saya, memberi saya dorongan, dan menguatkan semangat saya. Kehidupan saudara saudari kita sangat bermakna. Pengalaman mereka mendorong saya untuk lebih giat dalam kerja penyebaran dan membantu saya untuk menggalakkan anak saya menceburi khidmat sepenuh masa.”

Kisah hidup saudara saudari dapat mendorong anda melakukan lebih banyak untuk Yehuwa, mengatasi kelemahan, dan menghadapi cabaran dengan tabah dan sukacita. Bagaimanakah anda dapat mencari kisah-kisah hidup ini?

  • Lihat siri rencana “Kisah Hidup Saksi-Saksi Yehuwa” di jw.org atau di JW Library®.

  • Cari “Kisah Hidup Saksi-Saksi Yehuwa” di PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower atau Watchtower Library.