Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Dapatkah anda membantu orang lain tanpa mengira usia, bangsa, atau agama mereka?

Berkat untuk Mereka yang Sudi Menolong Orang Lain

Berkat untuk Mereka yang Sudi Menolong Orang Lain

Di serata dunia, ramai orang memerlukan makanan dan tempat tinggal. Ada pula yang menginginkan masa depan yang cerah. Jika kita menolong mereka, usaha kita akan membawa berkat dan perkenan Tuhan.

AYAT-AYAT SUCI MENYATAKAN

“Menunjukkan kebaikan kepada orang yang lemah sama seperti memberikan pinjaman kepada Yehuwa; Tuhan sendiri akan membalas kebaikan orang yang berbuat demikian.”​—AMSAL 19:17.

APA MAKSUD MENOLONG ORANG LAIN

Yesus pernah bercerita tentang seorang lelaki yang diserang oleh penyamun dan dipukul sampai setengah mati. (Lukas 10:29-37) Seorang lelaki yang berbangsa asing telah membantunya meskipun dia tidak mengenalinya.

Dia bukan sahaja merawat luka lelaki itu dan menampung perbelanjaannya yang lain, tetapi juga meringankan penderitaan lelaki itu.

Melalui cerita ini, Yesus mengajar kita bahawa kita patut melakukan apa yang terdaya untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. (Amsal 14:31) Ayat-Ayat Suci menyatakan bahawa tidak lama lagi, Tuhan akan mengakhiri kemiskinan dan penderitaan. Namun, bilakah dan bagaimanakah Dia akan berbuat demikian? Rencana seterusnya akan membincangkan berkat-berkat yang dijanjikan oleh Pencipta kita.