Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Adakah Tuhan Mendengar Doa Anda?

Adakah Tuhan Mendengar Doa Anda?

Pada pendapat anda, adakah Tuhan benar-benar mendengar doa anda?

APAKAH AJARAN BIBLE?

  • Tuhan memang mendengar doa kita. Bible meyakinkan kita bahawa ‘Yehuwa dekat kepada semua orang yang berseru kepada-Nya dengan ikhlas. Apabila mereka berseru meminta tolong, Dia akan mendengar.’​—Mazmur 145:18, 19.

  • Tuhan mahu anda berdoa kepada-Nya. Tuhan menjemput kita, “Dalam segala hal, nyatakanlah permohonan kamu kepada Tuhan melalui doa dan rayuan yang disertai ucapan syukur.”​—Filipi 4:6.

  • Tuhan mengambil berat terhadap anda. Tuhan tahu segala masalah dan kerisauan anda. Dia ingin sekali membantu anda. Bible berkata, “Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”​—1 Petrus 5:7.