Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 51-52

Segala yang Difirmankan Yehuwa Menjadi Kenyataan

Segala yang Difirmankan Yehuwa Menjadi Kenyataan

Yehuwa menubuatkan setiap perincian yang akan berlaku pada masa depan

Pemanah diraja empayar Persia

“Tajamkanlah panah”

51:11, 28

  • Orang Media dan Persia ialah pemanah yang mahir. Anak panah dan busur merupakan senjata utama mereka. Mereka memastikan anak panah mereka tajam agar dapat menembusi musuh

“Askar-askar Babilonia tidak lagi berperang”

51:30

  • Tawarikh Nabonidus mengandungi catatan ini: “Askar-askar Kores memasuki kota Babilon tanpa berperang.” Hal ini selaras dengan nubuat Yeremia

Tawarikh Nabonidus

“[Babilon] akan menjadi timbunan runtuhan . . . orang tidak akan tinggal di situ”

51:37, 62

  • Sejak 539 SM, kegemilangan Babilon semakin pudar. Iskandar Agung ingin menjadikan Babilon ibu kota empayarnya. Tetapi, dia meninggal dengan tiba-tiba. Pada abad pertama, Petrus melawat kota itu kerana masih ada orang Yahudi yang menetap di sana. Kemudian, pada abad keempat, Babilon menjadi timbunan runtuhan. Akhirnya kota itu tidak wujud lagi

Apakah manfaat yang saya peroleh selepas mengkaji nubuat Bible yang telah menjadi kenyataan?

 

Apakah maklumat mengenai nubuat ini yang dapat saya ajarkan kepada orang lain?