Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Menjunjung Piawaian Moral Yehuwa

Menjunjung Piawaian Moral Yehuwa

Yehuwa telah menetapkan piawaian moral untuk manusia. Misalnya, Dia berkata bahawa ikatan perkahwinan ialah sesuatu yang kekal. (Mt 19:4-6, 9) Dia mengutuk perbuatan yang tidak bermoral. (1Ko 6:9, 10) Dia juga memberi umat-Nya bimbingan tentang pakaian dan dandanan agar mereka berbeza daripada orang di dunia.​—Ul 22:5; 1Ti 2:9, 10.

Kini, ramai orang menolak piawaian Yehuwa. (Rm 1:18-32) Mereka terikut-ikut dengan pandangan orang dalam soal pakaian, dandanan, dan kelakuan. Ada yang bahkan melakukan perbuatan yang tidak bermoral tanpa rasa malu. Mereka juga menghina orang yang tidak mengikut cara hidup mereka.​—1Pt 4:3, 4.

Sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, kita menjunjung piawaian moral Tuhan. (Rm 12:9) Selain memberitahu piawaian Yehuwa kepada orang lain, kita harus memastikan kita hidup selaras dengan piawaian-Nya. Tanyalah diri, “Semasa memilih pakaian dan dandanan, adakah saya mengikut piawaian Yehuwa atau dunia? Adakah penampilan saya menunjukkan bahawa saya ialah penyembah Tuhan? Adakah Yehuwa setuju dengan rancangan TV atau wayang ini? Piawaian siapakah yang ditonjolkan dalam wayang ini? Adakah hiburan yang saya pilih melemahkan tekad saya untuk tetap bersih secara moral? (Mz 101:3) Adakah pilihan saya membuat orang lain atau ahli keluarga saya tersandung?”​—1Ko 10:31-33.

Tidak lama lagi, Yesus Kristus akan menghapuskan dunia yang jahat ini. (Yeh 9:4-7) Hanya mereka yang melakukan kehendak Tuhan akan terselamat. (1Yo 2:15-17) Maka, marilah kita menjunjung piawaian moral Yehuwa supaya orang lain juga terdorong untuk memuliakan-Nya.​—1Pt 2:11, 12.

Piawaian siapakah yang saya cerminkan semasa memilih pakaian dan dandanan?

SILA LIHAT VIDEO JADILAH SAHABAT YEHUWA​SATU LELAKI, SATU PEREMPUAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah cara hidup menurut piawaian Yehuwa merupakan pilihan yang paling bijak?

  • Mengapakah ibu bapa harus mengajar anak mereka mengenai piawaian Yehuwa sejak anak masih kecil?

  • Bagaimanakah orang yang tua dan muda dapat membantu orang lain meraih berkat Tuhan?