Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 24

Apakah Kebenaran tentang Malaikat?

Apakah Kebenaran tentang Malaikat?

Yehuwa mempunyai keluarga di syurga yang merangkumi para malaikat, dan Dia mahu kita mengenali mereka. Malaikat dipanggil “anak Tuhan.” (Ayub 38:7) Apakah ajaran Bible tentang malaikat? Dapatkah mereka mempengaruhi hidup kita? Adakah semua malaikat baik?

1. Siapakah para malaikat?

Sebelum Tuhan menciptakan bumi, Dia menciptakan jutaan makhluk roh yang tidak kelihatan di syurga. (Ibrani 1:14) Mereka dipanggil malaikat, dan setiap satu daripada mereka adalah unik. (Wahyu 5:11) Bible kata mereka ‘mematuhi suara Yehuwa dan melaksanakan firman-Nya.’ (Mazmur 103:20) Pada zaman dahulu, Yehuwa guna malaikat untuk menyampaikan firman-Nya, membantu umat-Nya, dan menyelamatkan mereka. Hari ini, malaikat membimbing umat Tuhan kepada orang yang berhati jujur.

2. Siapakah Syaitan dan roh-roh jahat?

Sedihnya, sesetengah malaikat tidak setia kepada Yehuwa. Malaikat pertama yang memberontak “dipanggil Iblis dan Syaitan.” (Wahyu 12:9) Dia ingin merebut kuasa Tuhan sebagai pemerintah. Maka dia menyesatkan pasangan manusia pertama. Kemudian, malaikat-malaikat lain juga telah mengikut pemberontakannya. Malaikat-malaikat yang memberontak ini dipanggil roh-roh jahat. Syaitan dan roh-roh jahat telah diusir ke bumi, dan mereka “sedang menyesatkan seluruh dunia.” Pada masa depan, Tuhan akan melenyapkan mereka.​—Baca Wahyu 12:9, 12.

3. Bagaimanakah Syaitan dan roh-roh jahat menyesatkan kita?

Mereka menggunakan spiritisme untuk menyesatkan orang. Spiritisme ialah perbuatan berhubung atau berkomunikasi dengan makhluk roh. Sesetengah orang cuba berhubung dengan orang mati atau menggunakan ilmu ghaib untuk mendapatkan rawatan. Ada juga yang mencari dukun, bomoh, atau tukang tilik. Tetapi Yehuwa memberitahu kita, “Jangan cari bomoh dan jangan minta nasihat daripada tukang tilik.” (Imamat 19:31) Yehuwa mahu melindungi kita daripada pengaruh Syaitan dan roh-roh jahat kerana mereka musuh-Nya dan mahu menyesatkan kita.

KETAHUILAH

Belajarlah tentang hal-hal baik yang dilakukan oleh malaikat, bahaya amalan spiritisme, dan cara melindungi diri daripada Syaitan dan roh-roh jahat.

4. Malaikat membimbing orang kepada Yehuwa

Malaikat tidak menginjil kepada orang. Sebaliknya, mereka membimbing umat Tuhan untuk mencari orang yang mahu mengenali-Nya. Baca Wahyu 14:6, 7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah kita memerlukan bantuan malaikat dalam kerja menginjil?

  • Malaikat dapat memimpin anda kepada orang yang ingin belajar tentang Tuhan. Adakah hal ini menggalakkan anda? Mengapa?

5. Jauhi amalan spiritisme

Syaitan dan roh-roh jahat ialah musuh Yehuwa dan musuh kita juga. Baca Lukas 9:38-42, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah roh-roh jahat memperlakukan orang?

Kita tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan roh-roh jahat. Baca Ulangan 18:10-12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah roh-roh jahat cuba mempengaruhi kita dan berhubung dengan kita? Apakah amalan spiritisme yang biasa dilakukan di kawasan anda?

  • Adakah anda rasa perintah Yehuwa itu munasabah? Mengapa?

Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda rasa azimat pada tangan anak Palesa bahaya? Mengapa?

  • Apakah yang perlu dilakukan oleh Palesa untuk melindungi diri daripada roh-roh jahat?

Sejak dulu lagi, orang Kristian sejati tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan roh-roh jahat. Baca Kisah 19:19 dan 1 Korintus 10:21, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah penting untuk memusnahkan benda yang berkaitan dengan spiritisme?

6. Anda dapat melawan Syaitan dan roh-roh jahat

Syaitan ialah ketua roh-roh jahat. Mikhael (iaitu Yesus) ialah ketua para malaikat. Untuk mengetahui kuasa yang dimiliki Mikhael, baca Wahyu 12:7-9, kemudian bincang soalan berikut:

  • Siapakah yang lebih berkuasa? Mikhael dan para malaikat atau Syaitan dan roh-roh jahat?

  • Adakah pengikut Yesus perlu takut akan Syaitan dan roh-roh jahat?

Anda dapat mengalahkan Syaitan dan roh-roh jahat. Baca Yakobus 4:7, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah anda dapat melindungi diri daripada Syaitan dan roh-roh jahat?

ADA ORANG KATA: “Wayang atau game yang ada hantu-hantu, amalan sihir, atau spiritisme tidak salah. Itu hiburan saja.”

  • Mengapakah bahaya untuk fikir begitu?

RINGKASAN

Malaikat yang setia mahu membantu kita. Syaitan dan roh-roh jahat pula ialah musuh Tuhan yang mahu menyesatkan kita melalui amalan spiritisme.

Ulang Kaji

  • Bagaimanakah malaikat Yehuwa membantu orang yang mahu belajar tentang-Nya?

  • Siapakah Syaitan dan roh-roh jahat?

  • Mengapakah anda patut menjauhi amalan spiritisme?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihat bukti yang menunjukkan bahawa Yesus ialah ketua malaikat.

“Siapakah Ketua Malaikat Mikhael?” (Rencana di laman web)

Kaji bukti yang menunjukkan bahawa Syaitan betul-betul wujud dan bukan sekadar sifat jahat dalam diri manusia.

“Adakah Iblis Wujud?” (Rencana di laman web)

Lihat bagaimana seorang wanita berjaya melepaskan diri daripada pengaruh roh-roh jahat.

“Dia Menemui Tujuan Hidup” (Menara Pengawal, 1 Julai 1993)