Lompat ke kandungan

Saudara Anton Virich

7 MEI 2024
RUSIA

Saudara Anton Virich Dijatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun Dua Bulan

Saudara Anton Virich Dijatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun Dua Bulan

Pada 25 April 2024, Mahkamah Daerah Pozharskiy di Kawasan Primorye mensabitkan Saudara Anton Virich. Dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dua bulan. Dia telah dimasukkan ke pusat tahanan sejak 11 Julai 2023 dan akan terus ditahan.

Profil

Kita berasa lega kerana Yehuwa memberikan perkenan dan berkat-Nya kepada kita apabila kita bertabah mengharungi cabaran demi-Nya.—Yakobus 1:12.

Garis Masa

  1. 11 Februari 2021

    Kes jenayah dibuka

  2. 9 November 2021

    Tanpa pengetahuan Anton, dia telah didakwa melakukan jenayah dan dikenakan sekatan perjalanan

  3. 11 Julai 2023

    Anton ditahan semasa terdapat pemeriksaan polis di jalan raya. Polis di bandar Uzhur memberitahu Anton bahawa dia merupakan orang buruan lalu menahannya. Anton dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  4. 15 Julai 2023

    Dia dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan di Luchegorsk dengan menggunakan kapal terbang. Tempat itu terletak lebih daripada 4,700 kilometer jauh

  5. 7 November 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula

  6. 25 April 2024

    Disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua bulan