Lompat ke kandungan

Adakah Tuhan Mempunyai Nama?

Adakah Tuhan Mempunyai Nama?

Jawapan Bible

 Setiap orang mempunyai nama peribadi. Maka, tidakkah masuk akal bahawa Tuhan juga mempunyai nama? Nama merupakan salah satu aspek yang penting dalam persahabatan manusia. Bukankah nama juga penting dalam persahabatan kita dengan Tuhan?

 Dalam Bible, Tuhan berfirman, “Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku.” (Yesaya 42:8) Walaupun Tuhan mempunyai banyak gelaran seperti “Tuhan Yang Maha Kuasa,” “Tuhan Yang Berdaulat,” dan “Pencipta,” Dia menunjukkan hormat kepada penyembah-Nya dengan memberitahu mereka nama-Nya.—Kejadian 17:1; Kisah 4:24; 1 Petrus 4:19.

 Banyak terjemahan Bible mengandungi nama Tuhan di Keluaran 6:3. Ayat itu berkata, “Aku pernah menampakkan diri kepada Abraham, Ishak, dan Yakub, sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa. Tetapi berkaitan dengan nama-Ku, iaitu Yehuwa, Aku tidak menyatakan ertinya kepada mereka.”

 Dalam bahasa Inggeris, “Jehovah” (atau Yehuwa, dalam bahasa Melayu) ialah nama Tuhan yang telah digunakan selama berabad-abad. Ramai cendekiawan lebih gemar menggunakan ejaan “Yahweh,” tetapi Yehuwa atau Yehowa merupakan sebutan yang dikenali ramai. Bahagian pertama Bible ditulis dalam bahasa Ibrani, dan bukannya dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Ibrani, teks akan dibaca dari kanan ke kiri. Nama Tuhan dalam bahasa Ibrani muncul sebagai empat huruf konsonan, iaitu יהוה. Perkataan Ibrani ini yang diterjemahkan sebagai YHWH, juga dikenali sebagai Tetragrammaton.