Lompat ke kandungan

BluePlanetArchive/Whale Watch Azores

SIAPAKAH PEREKANYA?

Ketakjuban Penyelaman Paus Paruh Cuvier

Ketakjuban Penyelaman Paus Paruh Cuvier

 Ikan paus paruh Cuvier (Cuvier’s beaked whale) dapat menyelam sedalam 2,992 meter (9,816 kaki), di mana tekanannya ialah kira-kira 30,300 kilopascal (4,390 psi). Paus ini juga boleh berada dalam air untuk tempoh masa yang sangat panjang. Terdapat satu laporan yang menunjukkan bahawa paus ini berada di bawah permukaan air selama 3 jam 42 minit. Bagaimanakah mamalia ini dapat menyelam hingga kedalaman itu dengan hanya sedikit oksigen dan menahan tekanan air laut?

 Seperti mamalia laut yang lain, tulang rusuk paus ini dapat melipat, dan paru-parunya akan mengecut dan runtuh. Para penyelidik mendapati bahawa mamalia laut menggunakan kurang oksigen apabila jantungnya berdegup dengan lebih perlahan dan darahnya disalurkan dari organ lain ke otak, jantung, dan otot-ototnya.

 Selain itu, otot mamalia laut mengandungi sejenis protein yang dipanggil mioglobin. Mioglobin menyimpan oksigen yang dapat digunakan semasa haiwan itu menyelam. Otot mamalia laut mempunyai jauh lebih banyak mioglobin berbanding manusia dan binatang darat.

 Mengenai paus paruh Cuvier, seorang penyelidik kata, “Paus ini sangat menakjubkan dan dapat menyelam hingga kedalaman yang luar biasa. Keupayaan paus ini untuk menyelam begitu lama memang di luar jangkaan kami.” Para saintis ingin mengkaji dengan lebih mendalam keupayaan paus ini supaya dapat memperbaiki rawatan bagi penyakit paru-paru mengecut dan runtuh.

 Apakah pandangan anda? Adakah keupayaan paus paruh Cuvier untuk menyelam begitu lama dan dalam, wujud secara evolusi atau wujud kerana adanya Pencipta?