Polisi Perlindungan Data Global Saksi-Saksi Yehuwa
Organisasi agama sedunia Saksi-Saksi Yehuwa (“organisasi agama”) menghormati hak privasi dan perlindungan data peribadi setiap orang. Organisasi agama sedar akan perlunya mempunyai komunikasi yang jujur dan baik serta perlunya mengumpulkan data peribadi dan data peribadi yang sensitif untuk memenuhi keperluan Saksi-Saksi Yehuwa secara individu dan untuk melaksanakan kegiatan agama dan kebajikan, serta pentingnya untuk memastikan maklumat sulit dilindungi dan dijaga dengan sewajarnya. (Amsal 15:22; 25:9) Kami sangat menitikberatkan perlindungan maklumat yang sulit.—Amsal 20:19.
Pelbagai negara telah menggubal undang-undang perlindungan data untuk menjamin hak privasi setiap orang. Lama sebelum undang-undang perlindungan data sedemikian digubal, organisasi agama, termasuk pejabat cawangan tempatannya, sudah menghormati hak privasi dan melindungi maklumat yang sulit. Seperti yang dilakukan sejak dahulu lagi, organisasi agama akan terus memastikan agar maklumat yang diterimanya dilindungi.
Prinsip Perlindungan Data. Organisasi agama mengendalikan semua data peribadi selaras dengan prinsip-prinsip berikut:
Data peribadi akan diproses dengan cara yang adil dan sah di sisi undang-undang.
Data peribadi hanya akan dikumpulkan, diproses, dan digunakan untuk kegiatan keagamaan dan kebajikan organisasi agama.
Data peribadi yang dikumpulkan adalah tepat dan akan dikemaskinikan. Sekiranya organisasi agama mendapati bahawa terdapat kesilapan dalam data, kesilapan itu akan dibetulkan dengan segera.
Data peribadi hanya akan disimpan buat jangka waktu yang diperlukan untuk kegunaan organisasi agama yang sah di sisi undang-undang.
Hak seseorang terhadap maklumat peribadinya akan dihormati.
Langkah-langkah keselamatan dari segi teknikal dan organisasi akan diambil untuk melindungi data peribadi daripada didedahkan tanpa izin atau secara tidak sah. Semua data yang disimpan dalam sistem komputer dilindungi dengan kata laluan yang hanya dapat diakses oleh individu yang mempunyai kata laluan tersebut. Semua pejabat dikunci selepas waktu kerja dan hanya staf tertentu diizinkan untuk memasuki pejabat-pejabat itu.
Data peribadi tidak akan dipindahkan ke cawangan yang lain, kecuali apabila diperlukan untuk tujuan keagamaan atau kebajikan organisasi agama. Penggunaan data dalam cara ini disetujui secara sukarela oleh semua Saksi-Saksi Yehuwa semasa mereka mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa.
Prinsip-prinsip perlindungan data ini menentukan penggunaan data peribadi seperti yang dinyatakan dalam buku Organized to Do Jehovah’s Will, yang diberikan kepada Saksi-Saksi Yehuwa semasa mereka menjadi penyiar. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Organized to Do Jehovah’s Will.
Hak seorang individu untuk melindungi data peribadi dan data peribadi sensitif serta membetulkan atau memadamkan data peribadi dan data peribadi sensitif diberikan selaras dengan amalan Saksi-Saksi Yehuwa seperti yang dinyatakan dalam Polisi Global tentang Penggunaan Data Peribadi di bawah tajuk Hak Anda.
Polisi Perlindungan Data Global Saksi-Saksi Yehuwa di atas menggariskan dasar tentang cara Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia mengendalikan data peribadi.

