Lompat ke kandungan

Polisi Global tentang Penggunaan Kuki dan Teknologi Lain yang Serupa

Polisi Global tentang Penggunaan Kuki dan Teknologi Lain yang Serupa

Untuk memberikan pengalaman terbaik, anda boleh menyimpan atau mengambil sejumlah kecil data daripada telefon mudah alih anda, tablet, atau pemacu keras komputer dengan menggunakan kuki (cookies) dan teknologi lain yang serupa. Kuki membantu laman web ini berfungsi dan membekalkan kami maklumat tentang cara pengguna berinteraksi dengan laman kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk memperbaik laman web kami. Kami tidak berusaha mengenal pasti setiap pelawat secara individu melainkan mereka dengan sukarela memberikan maklumat perhubungan mereka menerusi suatu borang atau permohonan di laman web. Penggunaan istilah “kuki” dalam Polisi ini adalah luas dan merangkumi teknologi lain yang serupa, contohnya localStorage, bikon web (web beacons), piksel (pixels), dan pengecam (identifiers). Teknologi seperti ini dapat memberikan kami maklumat tertentu tentang komputer anda, seperti saiz skrin, masa dan tarikh laman dilayari, dan URL laman dimuatkan.

Semua data yang kami simpan atau ambil tidak akan dijual, guna untuk pemasaran, atau guna untuk ingat laman web lain yang anda layari dalam Internet. Kami tidak menggunakan pengiklanan sasaran atau kuki pemasaran.

Jenis Kuki. Terdapat pelbagai jenis kuki yang menjalankan fungsi yang berbeza dan secara umum memperbaik pengalaman pengguna laman web. Kami mungkin menggunakan kuki untuk mendapatkan maklumat sama ada anda pernah melawat laman web sebelum ini atau untuk mengingati pilihan anda semasa menggunakan laman web. Sebagai contoh, kami mungkin menyimpan bahasa pilihan anda dalam satu kuki supaya kami boleh memilih bahasa itu apabila anda melayari laman web lagi.

Jenis kuki yang digunakan di laman web ini boleh dibahagikan kepada salah satu daripada tiga kategori:

  1. Kuki yang Sangat Diperlukan. Sesetengah kuki adalah penting supaya anda dapat melayari laman web kami, atau menggunakan ciri tertentu di laman web. Kuki ini biasanya ditetapkan untuk hanya respons terhadap perkhidmatan yang anda minta, seperti tetapkan pilihan privasi anda, log masuk, atau mengisi borang di laman web. Tanpa kuki sebegini, perkhidmatan yang anda minta, seperti membuat sumbangan dalam talian, tidak boleh disediakan. Kuki sebegini tidak mengumpulkan maklumat tentang anda yang boleh digunakan untuk pemasaran atau mengingati di mana anda pernah melayari Internet.

  2. Kuki Kefungsian. Kuki sebegini digunakan supaya laman web mengingati pilihan yang anda buat (seperti nama pengguna, bahasa, atau daerah) dan menyediakan ciri-ciri yang dipertingkat untuk memperbaik pengalaman penggunaan laman web anda.

  3. Kuki Diagnostik dan Penggunaan. Kuki ini digunakan untuk mengumpulkan diagnostik dan data penggunaan. Hal ini termasuk maklumat tentang cara pengguna guna dan berinteraksi dengan laman web, misalnya, bilangan lawatan ke laman atau jangka masa purata suatu lawatan. Kami menggunakan data ini untuk memperbaik cara laman ini berfungsi, termasuk rekaan laman, prestasi, dan kestabilan.

Kebanyakan kuki kami merupakan kuki pihak pertama, yang ditetapkan oleh laman web kami. Ada yang merupakan kuki pihak ketiga yang ditetapkan oleh laman web yang berlainan. Kuki pihak ketiga jelas ditunjukkan dalam senarai contoh kuki kami.

Penggunaan Alamat IP. Alamat IP ialah kod bernombor yang mengenal pastikan alat anda di Internet. Kami menggunakan alamat IP dan jenis pelayar anda untuk membantu menganalisis corak penggunaan untuk mengenal pasti masalah di laman web, supaya memperbaik khidmat yang kami tawarkan kepada anda, dan untuk memberi dan menjaga keselamatan laman web.

Pilihan Anda. Anda dapat urus pilihan kuki anda pada bila-bila masa dengan klik butang “Seting Privasi” di bahagian bawah halaman setiap laman web kami (lihat senarai di bawah). Kuki yang semata-mata diperlukan tidak memerlukan persetujuan anda. Untuk kuki yang lain, kami meminta persetujuan anda sebelum kami simpan atau ambil dari alat anda. Perhatikan bahawa menukar pilihan anda tidak akan menyingkirkan kuki yang sedia ada. Jika anda ingin menyingkirkan kuki dari laman web ini, anda boleh berbuat demikian menerusi tetapan di pelayar anda. Namun, sila ingat bahawa tanpa kuki anda mungkin tidak dapat menggunakan semua ciri laman web kami dengan sepenuhnya. Cara untuk menyingkirkan kuki berbeza mengikut pelayar. Anda boleh melihat menu Bantuan pelayar web anda untuk arahan lengkap atau lawat www.allaboutcookies.org.

Pilih laman web daripada senarai di bawah untuk melihat contoh bagaimana kami menggunakan cookies di laman tersebut.

Lihat juga Cookies and Similar Technologies Used by Several of Our Websites.