TIP PEMBELAJARAN
Meraih Manfaat daripada Rujukan Silang
Rujukan silang dalam Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu menunjukkan ayat-ayat Bible yang saling berkaitan dan memberi kita maklumat tambahan. Mula-mula, cari huruf kecil di hujung suatu perkataan. Jika anda menggunakan Bible yang bercetak, cari pasangan huruf yang sama di lajur tengah untuk melihat ayat-ayat rujukan. Jika anda menggunakan Bible di jw.org atau di aplikasi JW Library®, tekan huruf kecil itu untuk melihat ayat-ayat rujukan.
Rujukan silang mungkin mengandungi maklumat berikut:
Ayat Bible yang berkaitan: Ayat rujukan menunjukkan peristiwa yang sama dalam buku Bible yang lain. Contohnya, lihat 2 Samuel 24:1 dan 1 Tawarikh 21:1.
Petikan: Ayat rujukan menunjukkan dari mana suatu frasa atau ungkapan dipetik. Contohnya, lihat Matius 4:4 dan Ulangan 8:3.
Nubuat yang menjadi kenyataan: Ayat rujukan mengaitkan suatu nubuat dengan pelaksanaannya. Contohnya, lihat Matius 21:5 dan Zakharia 9:9.