Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kenal Pasti Jawapan kepada Doa Anda

Kenal Pasti Jawapan kepada Doa Anda

Dalam Bible, ada banyak contoh doa yang dijawab oleh Yehuwa. Semasa hamba Tuhan melihat bagaimana Yehuwa mendengar luahan hati mereka dan membantu mereka, iman mereka dikuatkan. Begitu juga, kita boleh berdoa dengan spesifik dan cuba mengenal pasti jawapan Yehuwa kepada doa kita. Kadangkala, jawapannya mungkin berbeza atau bahkan melebihi apa yang kita harapkan. (2Ko 12:7-9; Ef 3:20) Apakah beberapa cara Yehuwa menjawab doa kita?

  • Memberi kita kekuatan dari segi fizikal, emosi, atau rohani untuk menghadapi masalah kita.​—Flp 4:13

  • Memberikan kebijaksanaan untuk buat keputusan yang baik.​—Yak 1:5

  • Memberi kita keinginan dan kekuatan untuk bertindak.​—Flp 2:13

  • Membantu kita bertenang semasa kita khuatir.​—Flp 4:6, 7

  • Menggerakkan seseorang untuk membantu kita secara fizikal atau emosi.​—1Yo 3:17, 18

  • Menghulurkan bantuan kepada orang yang kita doakan.​—Kis 12:5, 11

SILA LIHAT VIDEO YEHUWA IALAH “PENDENGAR DOA.” KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Jika kemampuan kita terbatas akibat masalah kesihatan, bagaimanakah pengalaman Saudara Shimizu dapat menggalakkan kita?

  • Bagaimanakah kita dapat meniru teladan Saudara Shimizu?