Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

WATCHTOWER LIBRARY

Memasang Watchtower Library

Memasang Watchtower Library

Fail yang boleh dimuat turun bersaiz kira-kira 2 GB. Jika internet di kawasan anda lambat atau mahal, anda boleh mendapatkan DVD daripada sidang tempatan Saksi-Saksi Yehuwa untuk memasang Watchtower Library di komputer anda. Klik butang Muat Turun untuk melihat sama ada Watchtower Library disediakan dalam bahasa anda.

 

Keperluan Sistem

Untuk menggunakan Watchtower Library, anda memerlukan komputer atau komputer riba dengan pemproses Pentium atau yang lebih baharu, yang menggunakan Microsoft Windows 7 atau yang lebih baharu, dan mempunyai sekurang-kurangnya 48 MB RAM untuk aplikasi dan 3 GB ruang kosong cakera di pemacu C:.

Perhatian: Jika komputer anda menggunakan Microsoft Windows 7, anda perlu memuat turun dan memasang utiliti pihak ketiga yang membolehkan anda untuk menggunakan fail ISO. Anda boleh mencari utiliti sedemikian dengan melawat laman web Microsoft.

 

Arahan Pemasangan

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk memuat turun dan memasang Watchtower Library:

  1. Klik butang Muat Turun di halaman ini.

  2. Pilih satu bahasa daripada senarai, kemudian klik butang Muat Turun.

  3. Klik kanan pada fail ISO, kemudian klik Lekap. (Perhatian: Langkah ini mungkin berbeza jika anda menggunakan utiliti pihak ketiga untuk melekap fail ISO. Maka, ikutlah arahan-arahan yang disediakan oleh perisian utiliti anda.)

  4. Klik dua kali pada fail WTLSetup.exe, kemudian ikut arahan pada skrin untuk memasang Watchtower Library.