Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

WATCHTOWER LIBRARY

Kemas Kini Watchtower Library

Kemas Kini Watchtower Library

Anda boleh menetapkan agar Watchtower Library dikemas kini secara automatik dalam talian. Anda juga boleh muat turun fail untuk mengemas kini bahan terbitan dan rencana dalam Watchtower Library.

Kemas Kini Secara Automatik

Ikutlah langkah-langkah berikut supaya Watchtower Library dikemaskinikan secara automatik dalam talian dengan bahan terbitan dan rencana yang terkini.

  1. Di Watchtower Library, klik menu Perpustakaan (Library), dan klik Tetapan (Properties) untuk membuka tetingkap Tetapan Perpustakaan (Properties for Library).

  2. Dalam tetingkap Tetapan Perpustakaan, tandakan kotak Mengemas kini secara automatik (Download updates automatically).

  3. Jika terdapat versi terkini dalam talian, anda akan ditanya jika anda ingin muat turunnya. Klik Ya (Yes) untuk muat turun dan mengemas kini Watchtower Library.

Mengemas kini Watchtower Library Secara Manual

Anda boleh mengemas kini Watchtower Library secara manual dengan menggunakan fail kemas kini. Untuk mendapatkan fail kemas kini yang terkini, anda boleh eksport fail tersebut daripada versi Watchtower Library yang terkini atau muat turun fail itu dengan klik butang di halaman ini.

Eksport Fail Kemas Kini

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk menghasilkan fail kemas kini:

  1. Di Watchtower Library, klik menu Bantuan (Help), kemudian klik Mengemas Kini Secara Manual (Manually Update Package) dan Menghasilkan Fail (Create Package).

  2. Pilih lokasi dalam komputer anda untuk simpan fail kemas kini, kemudian klik butang Simpan (Save). Watchtower Library akan menghasilkan satu fail kemas kini yang berakhir dengan “.updatepkg”.

Muat Turun Fail Kemas Kini

Klik butang di bawah untuk memeriksa sama ada Watchtower Library yang terkini tersedia dalam bahasa anda. Jika ada, sila ikut arahan di skrin untuk menyimpan fail itu dalam komputer anda.

Gunakan Fail Kemas Kini

Ikutlah langkah-langkah ini untuk mengemas kini Watchtower Library secara manual dengan menggunakan fail kemas kini:

  1. Di Watchtower Library, klik menu Bantuan (Help), dan klik Mengemas Kini Secara Manual (Manually Update Package) dan Gunakan Fail (Apply Package).

  2. Di tetingkap File Explorer yang terbuka, cari fail yang berakhir dengan “.updatepkg”. Pilih fail itu dan klik butang Buka (Open) untuk mengemaskinikan Watchtower Library.