Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Adakah Yesus Sekadar Seorang Lelaki yang Baik?

Jawapan Bible

Tidak. Dia merupakan tokoh sejarah yang paling berpengaruh. Perhatikan apa yang dikatakan oleh para sejarawan dan penulis yang terkenal:

“Yesus dari Nasaret . . . merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah manusia.”—H. G. Wells, sejarawan Inggeris.

“Daripada kalangan semua tokoh yang pernah hidup di planet ini, [Yesus] merupakan tokoh yang paling berpengaruh dan pengaruhnya terus bertambah.”—Kenneth Scott Latourette, sejarawan dan penulis Amerika.

Bible memberitahu kita mengapa kehidupan Yesus dapat meninggalkan kesan yang begitu besar kepada manusia. Semasa Yesus bertanya kepada murid-muridnya tentang identitinya, salah seorang daripada mereka menjawab, “Guru ialah Kristus, Anak kepada Tuhan yang hidup.”—Matius 16:16.