Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Adakah Iblis Punca Semua Penderitaan?

Jawapan Bible

Bible menunjukkan bahawa Syaitan Si Iblis ialah makhluk yang benar-benar wujud. Seperti seorang ketua penjenayah yang berkuasa, dia menggunakan “mukjizat yang menipu orang” dan “tipu muslihat” untuk mencapai kehendaknya. Sebenarnya, Bible berkata bahawa dia “terus menyamar sebagai malaikat cahaya.” (2 Tesalonika 2:9, 10; 2 Korintus 11:14) Kewujudan Iblis dapat dilihat daripada kesan buruk yang dibawa olehnya.

Namun begitu, Iblis tidak bertanggungjawab atas semua penderitaan. Mengapa? Tuhan menciptakan manusia dengan keupayaan untuk memilih sama ada mereka mahu berbuat baik atau berbuat jahat. (Yosua 24:15) Apabila kita membuat pilihan buruk, kita akan menuai akibat yang buruk.—Galatia 6:7, 8.