Lompat ke kandungan

SIAPAKAH PEREKANYA?

Lengan Sotong Gurita yang Menakjubkan

Lengan Sotong Gurita yang Menakjubkan

 Jurutera robotik menciptakan alat yang membolehkan para doktor menjalankan pembedahan dengan menggunakan teknik yang kurang invasif atau yang hanya melibatkan potongan kecil pada tubuh pesakit. Oleh itu, lengan atau sesungut sotong gurita yang sangat lentur telah menjadi ilham bagi para jurutera untuk merancang alat tersebut.

 Fikirkan: Sotong gurita boleh menyambar, menggenggam, dan memulas sasarannya dengan menggunakan lapan lengannya yang lentur, bahkan di tempat yang sangat sempit. Lengan sotong gurita dapat lengkuk ke mana sahaja dan pada masa yang sama dapat mengetatkan ototnya apabila perlu.

 Para penyelidik percaya bahawa dengan adanya lengan robotik yang lembut dan lentur, para doktor mampu membuat pembedahan tanpa melibatkan potongan yang besar pada tubuh pesakit. Alat sebegini membolehkan doktor menjalankan pembedahan dengan lebih mudah.

 Perhatikan kelenturan lengan sotong gurita

 Lengan robotik tersebut telah diciptakan dan sedang digunakan dalam pembedahan simulasi. Semasa pembedahan dijalankan dengan satu lengan, sebuah lengan yang lain yang berukuran 135 milimeter dapat mengangkat dan mengendalikan organ yang lembut tanpa mencederakannya. Doktor Tommaso Ranzani, yang merupakan salah seorang ahli kumpulan dalam mencipta alat tersebut, berkata, “Penemuan alat ini hanyalah permulaan. Kami yakin bahawa alat ini akan terus bertambah baik sehingga memiliki fungsi yang lebih canggih.”

Lengan robot yang lembut dan lentur sangat berguna untuk menjalankan pembedahan

 Apakah pandangan anda? Adakah lengan gurita wujud secara evolusi, atau wujud kerana adanya Pencipta?